Posts

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  "..Syurga dan neraka, dosa dan pahala ketentuan Allah, jalannya ditentukan oleh kita. Pilihan di tangan kita, begitulah MAHA PEMURAHnya Allah kepada kita. Rebutlah peluang yang berbaki, adakah kita yakin Subuh nanti mata kita akan celik seperti hari ini..."  -WSLM-
Image
  Suhadi Ismail 23 Julai 2019  ·  Dikongsi dengan Awam Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Mahu jadi pemenang, banyakkan bersabar dalam semua perkara, walaupun seringkali ditipu, ditohmah dengan penghinaan, mungkin dimata khalayak kita tertewas, tetapi kita menang pada hakikatnya disisi Allah dengan senjata KESABARAN..." -Mengadulah dan ceritakanlah segalanya tanpa segan silu hanya pada Allah- -WSLM-
Image
  Suhadi Ismail 18 September 2019  ·  Dikongsi dengan Awam Assalamualaikum & Salam Sejahtera. -KEMERDEKAAN INI ADA PERJANJIANNYA- "...Kemerdekaan ini ada perjanjianya Bukan hanya melengkari isu kebebasan semata Bebas dari jajahan British di mata Ada perjanjian yang wajib dipatuhi Ada kesepakatan yang mesti dituruti Ada ikatan yang tiada boleh dirungkai KONTRAK SOSIAL Itulah perjanjiannya Itulah ibu kepada permuafakatan Lambang ketertiban tuan rumah Menerima tetamu sebagai amanah Empunya hak berkorban Bagaimana KONTRAK SOSIAL ini terus terpateri kukuh sehingga tiada ruang untuk digoncang lagi Persefahaman yang terjalin dahulu Tidak wajar dibajai api kebencian Bagai api di dalam sekam Jangan ada gunting dalam lipatan 62 tahun mampu dipertahan Kemerdekaan ini ada perjanjiannya Berjiwa besar empunya hak Walaupun itu syarat oleh penjajah..." -WSLM-
Image
  Suhadi Ismail 22 Januari  ·  Dikongsi dengan Awam Assalamualaikum & Salam Sejahtera "... Orang beriman sentiasa bersyukur dengan rezeki yang sedikit, orang kufur sentiasa tidak puas dengan rezeki yang melimpah ruah..." -WSLM-
Image
  Suhadi Ismail 23 Januari  ·  Dikongsi dengan Awam Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kunci ketenangan "... Berkawanlah dengan musuh, bersahabatlah dengan rakan, merendah dengan yang tinggi, sejukkan apa sahaja kepanasan, ikhlas dalam apa jua perbuatan, tidak di dunia diakhirat akan pasti ada balasan.. -WSLM-
Image
  Suhadi Ismail 12 April  ·  Dikongsi dengan Awam Assalamualaikum & Salam Sejahtera "... Walaupun tidak semua orang bergaji, tetapi semua orang ada rezeki, yang pasti dalam rezeki orang yang bergaji, terselit bahagian rezeki orang yang tak bergaji.." -WSLM- 47 Nooraini Najib, Faizal Ismail dan 45 yang lain 4 Komen 1 Perkongsian Suka Komen Kongsi
  Assalamualaikum & Salam Sejahtera... "... Terawih terakhir, banyak hikmah, Terisi masa bersama keluarga Ramadhan akan pergi meninggalkan kita Entah nanti dapat bersua dengan Ramadhan di tahun menjelma Serba baru, tertunai terawih bersama keluarga, berjaya digenapkan tanpa tertinggal, Ada hikmah kurniaan Ya Allah, Walaupun diluar pandemik melanda, bulan rahmatMu tetap menjelma, bahagia bagi yang jaya merebut peluang, Subuh tidak lagi tergesa-gesa Maghrib tidak lagi tergopoh-gapah Terawih bermakmum anak-anak dan isteri tercinta, walaupun hanya Juz Amma didada Syawal tetap bererti walaupun tanpa tayangan baju raya, Syumul nya Islam mengajar bersederhana, Akhir kalam Selamat Hari Raya Dari Melaka Untuk anda Semua.. -WSLM-