AMSYAR BIN SUHADI Amsyar sudah dapat jalan, walau lima langkah, ungkapan terucap dari mulut zaujah buat aku lebih teruja dan rindu untuk bersama putera sulung ku ini, AMSYAR..Menjadi rutin selepas solat Maghrib dan berbuka puasa,juga selepas menghabiskan selembar-dua helaian furqan hadiah buat arwah ibu, terus dicapai Nokia E71 usang ku tetapi banyak berjasa padaku. Rindu terubat langsung 3G melalui E71. Tidak terkata melihat keletah putera ku ini. Tidak sabar hendak ketemu mu. Melihat telatah dan karenah mu cukup sebagai pengubat dan menghilang tekanan seharian di tempat kerja. Amsyar agak berat berbanding rakan seangkatan,yang rata-rata sudah mula boleh bertatih, jika dahulu sebulan boleh dikira ulang ke Melaka, tapi kini pemandu itu Transnasional sama Maraliner mula mengenali susuk tubuh aku, tanpa perlu memberitahu, senyum pemandu boleh ku agak riaknya. Mungkin ini penangan berjauhan dari keluarga. Kepada sahabat yang berpeluang hidup bersama keluarga dan menonton besar...