"SOLIDARITI UNTUK MESIR" Bumi Anbiya itu bergolak lagi, adakah ini balasan dari Ilahi atau percaturan balaci yang gilakan kuasa duniawi Tanpa sedar Kuasa Mutlak adalah milik Ilahi Bumi Anbiya itu berdarah lagi, darah syahid dan syahidah membasahi Bumi suci dicemari dengan pergolakan sesama muslim, seakidah, sekiblat dan bertuhankan yang Esa Ada segolongan tertawa memerhati, cuci tangan dan cuci kaki, hanya cukup dengan melobi, kenapa bumi itu terus dinodai, didengki dan diirihati Adakah kerna manusia tahfiz yang bernama Morsi, Islam tidak mahu tertegak lagi, Tapi aku dan kamu harus mengerti bagaimana janji Ilahi itu tidak sesekali akan dimungkiri malahan tidak akan dikhianiati. Ingatlah para Syuhadah mati mu bersih, mati mu jihad, aku rindu kearah itu. Ada segolongan tertawa memerhati, yang memandang dengan sinis dan buta hati dipekakkan telinga, masih galak rumah terbuka dihadiri, walau saudara seagama terus dizalimi. Aidilfitri mu disambut dengan peluh dan d...