Posts

Showing posts from July, 2012
Image
AMSYAR BIN SUHADI Amsyar sudah dapat jalan, walau lima langkah, ungkapan terucap dari mulut zaujah buat aku lebih teruja dan rindu untuk bersama putera sulung ku ini, AMSYAR..Menjadi rutin selepas solat Maghrib dan berbuka puasa,juga selepas menghabiskan selembar-dua helaian furqan hadiah buat arwah ibu, terus dicapai Nokia E71 usang ku tetapi banyak berjasa padaku. Rindu terubat langsung 3G melalui E71. Tidak terkata melihat keletah putera ku ini. Tidak sabar hendak ketemu mu. Melihat telatah dan karenah mu cukup sebagai pengubat dan menghilang tekanan seharian di tempat kerja. Amsyar agak berat berbanding rakan seangkatan,yang rata-rata sudah mula boleh bertatih, jika dahulu sebulan boleh dikira ulang ke Melaka, tapi kini pemandu itu Transnasional sama Maraliner mula mengenali susuk tubuh aku, tanpa perlu memberitahu, senyum pemandu boleh ku agak riaknya. Mungkin ini penangan berjauhan dari keluarga. Kepada sahabat yang berpeluang hidup bersama keluarga dan menonton besar
ADA AKU ADA IBU Ada yang panggil Ibu Ada yang kata Mama Juga yang bilang Umi Jangan sembarangan gelar Bonda Selesa juga panggilan Mek Madah dan padah yang pelbagai Tapi tubuh itu hanya satu Dijanjikan Allah syurga di telapak kaki mu Akhirnya terbungkam rahsia, betapa aku merinduiMu Tiada galang ganti, walau segunung intan Hanya Al-fatihah hadiahku untuk Mu Menghitung hari depan tanpa Mu, kosong hidup di rasa Semakin cuba ku lupa, semakin ingat pada Mu Wajah tua mu terus melingkari Masih ingat cubitan dipaha masih terasa Hanya itu senjata mu menangkis kenakalan zaman remajaku Tatkala kapan menutupi wajahmu, Alhamdulillah sempurna sudah tanggungjawab kami anak-anakmu Walau Mu habis bukan bersamaku Hanya Al-fatihah hadiahku untuk Mu Ibu… Tenanglah engkau disana.. -WSLM- Gulakapas