Posts

Showing posts from 2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Cermin Sisi & muhasabah diri.. -BAIK- Impi yang baik-baik Mimpi yang baik-baik Sangka yang baik-baik Fikir yang baik-baik Dengar yang baik-baik Lihat yang baik-baik Makan yang baik-baik Tutur yang baik-baik Kawan yang baik-baik Buat yang baik-baik InsyaAllah akan jadi yang terbaik dikalangan yang baik.... -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Jika tidak dapat mencari kebaikan cuba cipta kebaikan, jika ada sedikit kekurangan lengkapkan kekurangan tersebut dengan kelebihan pasangan anda..." Rahsia laki- Bini.... -WSLM-
,  ...Palestin dibom lagi, tak pe nanti bagitahu OIC, kata OIC: Sabar-sabar kita wait & see,..Kan ada PBB, kata PBB nanti dulu perut ku tak kenyang lagi, mana NATO , kata NATO, aku disini Afghanistan x lunyai lagi, habis tu nak harap siapa lagi...pemimpin Islam kita dok sibuk nak tambah BINI....aduhh melopong lah lagi, apa nak jadi...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "....Aku & Alam...." Bermusafir meneroka keindahan ciptaanMu,  Gagal jika tanpa kelengkapan Dan peralatan yang mencukupi. Begitulah juga nanti bila bermusafir menemuiMu, juga gagal jika tanpa bekalan iman dan amal soleh yang dibawa... Tutur dari mata hati -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Disini tanpa mu..." Berkunjung kembali Ramadhan Disini tanpa mu aku Terus merindui IBU, wahai AYAH Kembali dijemput Ilahi Ramadhan tanpa mu Tiada erti Masih lagi terngiang Juadah sahurku hanya sepotong roti Masih belum ku puas Masih belum ku cukup untuk berbakti Engkau pergi menghadap Ilahi Ramadhan datang kembali Seorang ku menghitung hari Rindu padamu IBU yang pergi tiada kembali Seorang ku disini Tiada siapa disisi, Ramadhan tetap akan kemari Disini tanpa mu, tiada lagi juadah istimewa Tiada lagi suara memanggil kami, Tiada lagi berebut juadah kami adik-beradik Tiada lagi mu membonceng aku ke terawih Tiada lagi, tiada lagi, tiada lagi Semua kenangan bersama mu IBU, AYAH, Kakak, abang, adik tetap tersemat Menitis air mata lelakiku, mengenangmu Aku masih lagi disini menunggu Ramadhan yang muncul kembali Seorang ku disini Semoga engkau AYAH & IBU dicucuri rahmat dari Ilahi... "...Salam Ramadhan..." -WSLM-
Image
"...Not For Sale...." Dari kecil hingga dewasa Tua renta yang sangat berjasa Dari pagi hingga ke senja Kenangan tinggalan ayah dan bonda Tua renta yang sangat berjasa Kenangan tinggalan ayah dan bonda Membawa kami kemana saja Kenangan terindah tidak kan ku lupa Tidak pernah rehat si tua renta Di teratak hanya berhenti seketika Petang dipulas oleh kami adik beradik pula Kenangan abadi mek dan ayah tercinta Akan ku simpan sampai bila-bila.. WC 5894 (1975-2016) -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Memaafkan tidak akan mengembalikan dan menyembuhkan kesakitan masa silam, tetapi menjamin ketenangan pada masa hadapan..." -WSLM-
"...Dalam hidup kita perlu bijak untuk mengelakkan kita dari terus dipijak..." -WSLM-
"Kamu berkata cinta pada Allah tapi kamu membencinya, kamu kata kasihkan Rasullah tapi kamu curang padanya, Kamu Tahu nikmat syurga itu benar tapi kamu tidak berusaha mendapatkannya, kamu tahu azab neraka itu pedih tetapi kamu tidak berusaha lari dari nya..." Fikir-fikirkan..
Teori bermacam dilempar Dera, zalim, khianat kepada amanah, Terus ditohmah Sampai bila, itu yang aku rasa Sampai bila. panas sekejap sebelum sejuk membeku Tiada beza dengan lain-lain isu Media masa memulas-mulas, memerah isu Aku simpati, engkau simpati, semua simpati Apa ada pada simpati, setakit pemanis bicara cuma Budak Firdaus sudah terkenal Lebih seabad menanggung derita Kasihan cuma sementara Kalau tak percaya Kita tunggu sama-sama.. -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Cermin diri Bersyukur pada nikmat Allah, dari sekecil-kecil rahmat hingga sebesar-besar nikmat....syukur pada Allah kerana atas kuasaNya mencelikkan mata kita selepas dipinjamkan nikmat tidur dan hanya Dia lah yang berkuasa. Cuba letakkan Jam loceng disisi jenazah yang kaku di pembaringan... WSLM-
SIAPA TAHU... Aku yakin tiada siapa tahu Esok kemanakah kita Bagaimana kah kita Hidup atau mati Kaya atau miskin Tiada siapa tahu melainkan Dia Sudahkah kita bersedia Tiada siapa melainkan Dia Yang tahu bagaimana kah kita Esok jika roh terpisah dari jasad Adakah kita sudah bersedia Bersedia segalanya dengàn bekalan Hanya Dia yang tahu segalanya Si Pentadbir alam semesta Tidak mustahil yang batil akan bertukar kepada yang baik Yang hodoh bertukar kepada yang cantik, yang miskin bertukar kepada yang kaya Hanya Allah yang tahu segala apa yang akan berlaku semua dalam perancangan Nya Sudahkah kita bersedia untuk semua itu?.. Tepuk dada tanyalah iman -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... SOMBONGNYA AKU Sombongnya aku pada Mu Tidak pantas mengucapkan syukur pada Mu walau nikmat berganda telah Kau kurniakan pada aku Sombongnya aku pada Mu Kesibukanku dengàn duniawi walaupun aku sedari semua ini atas Kudrat dan Iradat Mu Sombongnya aku pada Mu Walaupun aku tahu setiap hela nafas ini atas keizinan dan rahmat Mu, Maafkan dan ampuni aku Ya Allah Sombongnya aku pada Mu Walaupun aku tahu mungkin besok aku tidak lagi dapat merasai nikmat Mu, mungkin besok nafas terhenti, tetapi aku tetap sombong pada Mu, pertuturanku melalaikan, penglihatanku melalaikan, pendengaranku lebih kepada dunia...ampuni aku Ya Allah... Sombongnya aku pada Mu Tanganku beratkan untuk bersedakah, tulangku tidak Ku ringankan untuk membantu dan menuju jalan Mu... Ya Allah sesungguh aku tidak layak untuk ke syurga Mu, tetapi aku tidak sanggup untuk keneraka Mu.... Sesi Muhasabah Diri... -WSLM-