Posts

Showing posts from 2015
Kg ambo.... Kg Joh Labok Mache Kelate Ado namo Mek Ye, Ali, Hase Bulih pegi mari siae male Keno ajok kalu buat make Kg ambo Kg Joh Labok Mache Kelate Tidok cagho oghe, x dok hok tunjuk nele Alhamdulillah hidup aman damai Tak dok kigho PAS atau Barise Tak dok kigho Melayu Cino Siae Bulih hidup sekali belebih kure Hok tulah kapong ambo.... -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Cermin sisi "...Aku sebenarnya kaya, orang yang paling miskin adalah setiap jiwa yang tak pernah puas dengan apa yang dikurnia, belum puas mencari apa yang sebenarnya dikehendaki,tidak pasti sentiasa ada dalam diri...." -WSLM- Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Cermin Sisi... "...Cara terbaik untuk lari dari masalah adalah berdepan dan hadapi masalah tersebut...'
Image
Assalamualaikum & Sejahtera... ...Terfikir seketika jika yang terpampang ini hanya sekeping kertas yang kosong, mungkin tidak bernilai, yang menjadi kan ianya bernilai kerana ada sedikit tulisan dan diletakkan angka-angka. Kerananya manusia sanggup berbunuhan, saudara bermusuhan, kawan bermasaman muka, ada yang turun pagi balik malam semata-mata kerananya,  Bagaimana nanti disana adakah mahu dibawa ia, yang pasti dia bukan bekalan untuk disana, hanya amalan yang dibawa....." Peringatan untuk diri.. -WSLM-
Image
Anak, Kamu anugerah tidak ternilai  Ditatang, dibelai umpama Raja Apa keinginan sedayanya dipenuhi Anak, Kini engkau semakin menginjak Jika dahulu telapakmu sebesar jari cuma Kini semakin hari semakin terserlah Celotehmu, gelagatmu, tidak lekang senyuman terukir Dari bertatih kini langkahmu semakin deras, semakin pantas Engkaulah anugerah terindah... Amsyar & Yusuff semoga kamu menjadi imam tatkala ku di pembaringan kelak... -WSLM-
10 Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari 1. Tidak berdiri lurus  – Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri 2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.  – Contohnya, bertakbir dengan lafaz  ﭐﷲ  di mulut, dan  ﺃﻛﺒﺮ  di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah  ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ  . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin
Cermin Sisi.. Hitam atau putih hanya itu pilihan yang ada... "..Syawal pastinya semua bertukar baru, dalam perjalanan ke kampung, di kiri kanan terlihat bukan sedikit yang menukar warna cat rumah sempena syawal, ada sebelumnya ungu ditukar kelabu, biru diganti hijau dan pelbagai lagi warna yang menjadi pilihan, asalkan sedap dipandangan. Terfikir sejenak bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini, adakah boleh dipelbagaikan warna mengikut pilihan hati,mungkin boleh, tetapi di garisan penamatnya hanya ada 2 warna sahaja iaitu hitam atau putih....pilihan ditangan kita...." -WSLM-
Cermin Sisi... Bertamu di rumah Allah Sesekali memerhati Terdetik di dalam hati  Sibuk sangatkah mengalahkan si menteri Selesai sahaja salam diberi Muka dipaling kanan dan kiri Mencangkung dan terus berdiri Paling belakang dan terus berlalu pergi Bertamu di rumah Allah Wiridlah sejenak walau di dalam hati Sebagai tanda Tuan rumah dihormati Seandainya dizahirkan ganjaran yang diberi Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' pasti rumah Mu dipenuhi... Sekadar muhasabah diri.. -WSLM-
Cermin Diri.. "..Walaupun tidak sependapat tanamlah sedikit dalam diri rasa cinta dan sayang kepada agamawan, hormati ilmunya, ingat dulu pernah bersama..." -WSLM- Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Cermin sisi.. "...Asal matlamat mengikut sunah tetapi akhirnya bertukar punah..." Muhasabah diri -Wslm-
Cermin sisi "....IC 03, plate moto kereta D jadi palo, Budu bawak pah ko Melako,  Nasi kerabu jadi supo santapan dirajo, gi mano-mano tak lepas ucap kawe demo, stiker belake muto kereto wajib ada The Red Warrior, asal cuti panje jah sikit pakat penuh kot atas jalanrayo, tok gi mano-mano tapi pakat kelik ko kapung kuala Krai sapa ko kalan chepo, niat tidak lain nak jenguk oghe tuo dgn waris sedaro maro. Dok tpt kija oghe cop pah dale peghut hija, politik & bola hok tu jah dale  palo. Ambo rasa oghe lain pun serupo klu dan IC tu ada no 03, nak buat guano ini lah keistimewaan kito, Anok Kelate jange pecoh pah bilo-bilo Selamat Hari Rayo -WSLM-

SENSITIFNYA KITA UMAT ISLAM..

Melenting amarah bila kalimah Allah dakwa dihina Cuba diguna penganut lain agama, ekslusif untuk Islam sahaja katanya puas berdemontrasi, memorandum, mula timbul pelbagai andaian Sensitifnya kita bila karikatur junjungan dieksploitasi, dimuat turun Terasanya kita bila lambang salib kebanggaan penganut kristian diletakkan di tengah-tengah komuniti melayu Islam katanya Terlompat kita bila azan diperlekeh, puasa sahur jadi bahan gurauan Meletup kita bila alunan bacaan didakwa cuba disekat disesetengah kawasan Azan disuruhnya perlahan, menggangu jiran-jiran Marah, melenting, sensitif, terasa, terlompat , meletup bila semua perkara itu berlaku kononnya Tetapi tidakkah kita malu sebagai orang Islam berapa saf kah jemaah masjid surau yang memenuhi selepas iqamah dialunkan bilal Tidak guna laungan azan segenap pelosok tapi seruan itu disambut segelintir mukmin yang betul-betul kuat dan hebat di dalam golong keparat Sensitifnya kita bila kalimah Allah ingin dikongsi,

AUDIT ILAHI

Gusar dihati audit datang kembali Persediaan berhari-hari sementara menanti Apa terkurang ditambah ganti  Bukan lamapun satu kedua hari Apa terkurang ditambah ganti Awal tahun pasti akan kemari audit perjawatan menjenguk kami Mana yang yang kurang tak dapat diselamatkan lagi Ditambahbaik dan ditokok ganti agar jabatan memacu pergi Kecut perut gusar dihati Audit datang kembali Terfikir sejenak apalah yang nak disoal nanti Fail dokumen disediakan berlori-lori Untuk rujukan audit pada pagi tadi Ini tak lengkap itu boleh diperbaiki lagi Komen auditor yang baik hati Dalam hati bilalah nak habis sesi ini Perut memulas belum sarapan lagi Akan diperbaiki itulah janji kami Kepada Auditee lega dihati Terfikir sejenak didalam sanubari Audit manusia pun dah kecut bukan lagi AUDIT ILAHI Sekarang boleh mulut belum berkunci Di sana nanti bercakap hanya tangan kaki Audit manusia pun dah kecut bukan lagi Audit Ilahi Semua dibentang tak bo
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Cermin Diri.. "..Kejayaan sebenar seorang lelaki bukan pada gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Dato', tetapi kejayan sebenar seorang lelaki apabila berjaya menjadi seorang anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu-bapanya, seorang suami yang mampu memimpin dan membawa isterinya ke jalan rahmat Ilahi, seorang bapa yang mampu menjadi contoh dan tauladan buat anaknya..Itulah kejayaan sebenar bagi seorang lelaki..." -WSLM-
Cermin sisi... "....Jangan takut kepada kesalahan kerana dari kesalahan kita dapat perbaiki diri, jangan takut kepada kegagalan kerana setiap kejayaan terhasil dari sebuah kegagalan, jangan malu pada kekurangan diri , perlu yakin Allah sentiasa disisi...." -WSLM- Cermin sisi.... "....Kita tidak mampu untuk melukis diri kita sendiri tetapi mampu untuk mewarnakannya mengikut kata hati...." -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Muhasabah & Cermin diri "...Hidup tidak seindah mimpi, realiti bukan seindah fantasi, Ketetapan Allah itu pasti..." -WSLM-
Muhasabah diri... Petikan lagu Berita Kepada Kawan "......Mengapa di tanahku terjadi bencana Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan Bersahabat dengan kita Coba kita bertanya Pada rumput yang bergoyang....." -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... "....Berdakwah biar santai tetapi yang penting sampai...". Jom beralih ke TV Alhijrah "..Saat disakiti, doa senjata senjata paling ampuh, bersangka baik, kita mampu mengubah diri kita tapi tidak orang lain...Allah hanya satu..." -WSLM-