Posts

Showing posts from 2019
Cermin Sisi.. Hitam atau putih hanya itu pilihan yang ada... "..Syawal pastinya semua bertukar baru, dalam perjalanan ke kampung, di kiri kanan terlihat bukan sedikit yang menukar warna cat rumah sempena syawal, ada sebelumnya ungu ditukar kelabu, biru diganti hijau dan pelbagai lagi warna yang menjadi pilihan, asalkan sedap dipandangan. Terfikir sejenak bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini, adakah boleh dipelbagaikan warna mengikut pilihan hati,mungkin boleh, tetapi di garisan penamatnya hanya ada 2 warna sahaja iaitu hitam atau putih....pilihan ditangan kita...." -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Mahu jadi pemenang, banyakkan bersabar dalam semua perkara, walaupun seringkali ditipu, ditohmah dengan penghinaan, mungkin dimata khalayak kita tertewas, tetapi kita menang pada hakikatnya disisi Allah dengan senjata KESABARAN..." -Mengadulah dan ceritakanlah segalanya tanpa segan silu hanya pada Allah- -WSLM-