Posts

Showing posts from December, 2010

Great Day, will remember forever..

Image
Jumaat (24 Dec 2010) 0600 Jemput suri ku dari BMI (British Malaysia Institute), walau tidak cukup rehat dengan mata masih bergaram tak cukup tidur, tiba di Greenwood, dijemput adik (terima kasih ribuan), rehat sekejap kat Selayang, mandi + solat Subuh + sarapan (milo, biskut). Nak bertolak terus diawal pagi (dilema jem warga KL nak ketempat kerja) walau hati berbunga rindu 4 my beloved wife. Sabar dan terus bersabar hingga jam 8.00 agak ku semua warga KL semua sudah check-in pejabat masing-masing, jangkaan ku meleset, juga tersangkut dengan jem selepas bulatan Kuantan-Ipoh ( MYvi adik terus ku pandu meluncur), tepat telahanku kemalang membabitkan sebuah MyVi yang terbabas  berhadapan kuil Batu Caves, seram jugak.. 10.00 Tiba di BMI, sangkaan ku dapat ketemu suri, tidak masih belum mandi katanya...huhuhu...it's ok..barang terus ku angkat, berpeluh-peluh maklumlah dari tingkat 3 ke bawah, hampir tercabut kepala lutut, buku lali masih tidak sembuh sepenuh nya dari kecedaraan gara

Pujian jangan melangit...

...Ingat lagi ambo, dekad 90an yang menyaksikan zaman kejatuhan merudum dan zaman kegelapan bolasepak Malaysia. Disana-sini bagaikan tidak berhenti kutukan dan cacian yang terpaksa dihadapi sehingga pada satu ketika pernah cadangan dikemukakan untuk menghentikan bantuan dan tidak memasukkan bolasepak didalam senarai sukan teras yang mendapat perhatian dan bajet khas kerajaan. Ingat juga ambo bagaimana sehingga beberapa musim liga tempatan hanya ditonton oleh kerusi dan tempat duduk penonton sahaja. Pelbagai langkah diperkenalkan oleh kementerian bagi meningkatkan mutu permainan skuad bolasepak negara. Dihantar kesegenap pelosok dunia namun keadaan masih juga sama dan tidak berubah malahan skuad negara makin merudum jatuh berdasarkan kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Kedudukan terkini di ranking 144 bakal berubah selepas keputusan perlawanan akhir kedua diketahui nyata akan melegakan  saf kepimpinan FAM. Apa yang menggusarkan ambo janganlah sewaktu prestasi pasukan

Cuit2..

Naik motokar bersama tunang Dari Kota Bharu ke Pantai Melawi Tiap tahun perkara sama dicanang Zaman Shafei hingga YB Ismail Sabri Sampai di Melawi terus mandi Tak ingat dunia hingga tercabut gigi Walau dipantau setiap hari Gula tiada tak tahu kemana pergi Selesai mandi bawa tunang meronda Penat berjalan didokongnya pula Walau terus dikawal harganya Tetap dikatakan tiada oleh peniaga Kita pulang tepat jam tiga Sampai simpang di tahan peronda Kiri kanan asyik pasal gula Ingat sikit selsema babi melanda Jam lima petang sampai dirumah Bakal mentua jeling macam sakit hati Gula tiada tak leh sabar ke mak Mah Alternatif lain bukan banyak lagi Cuit-cuit di petang hari Jangan terasa di dalam hati YB Ismail Sabri teruskan lagi InsyaAllah jasamu akan diberkati Disini ku susun sepuluh jari Jika terkasar bahasa didengari Niat cuma menghibur hati Bukan kah elok saling ingat-mengingati TQ… -WSLM- Gulakapas

Politik,...medan melelong falsafah perjuangan....

...Nak tergelak aku tengok Mula senyum saja, lepas tu tak habis-habis batuk Bukan orang biasa semua berpangkat Tan Sri dan Datuk-Datuk Nak kata bodoh ya cerdik pun bukan, adalah segelintir yang bongok-bongok Ada yang tergeleng ada yang terhangguk-hangguk.. .....Hahahaha, aku ketawa mengilai-mengilai Semua sama,  rasa aku tak boleh pakai Digantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin 6 bulan menganggur tak pasai-pasai Melempar tuduhan tak berasas tentang 1 Malaysia.. ...Bosan ku dengar dari sorang wakil Dengan Munkar-Nakir pun boleh dia sindir Jangan main-main YB kita pun sama nanti dibacakan talkin Takut-takut kita yang terberak cair.. ...Dulu kawan la ni jadi lawan Dalam politik itu tak mustahil kawan Orang Kampung bertetak guna parang, kelewang Engkau bersenang siap order teh tarik secawan ...Kita tak terima pakai politik jalanan Aku kata boleh negara ini kan demokrasi berparlimen Bagi ambo semua sama hanya nak satu tujuan Dapat kuasa, wang semua boleh jalan..

Finally Malaysia goes to final.....

Image
  ...Kita mampu, walaupun hanya mengikat Vietnam tanpa jaringan tetapi mengikut format terkini jaringan ditempat lawan. itu sudah memadai. mengikuti perlawanan hanya di layar besar sama bahangnya berkunjung ke stadium, kalau tidak masakan PM kita sendiri sanggup bersila lendik bersama YB Shabery sama-sama menonton perlawanan tersebut di Bukit Bintang. Di KL kemarau ting-ting, tetapi di Pantai Timur la ni musim hujan, jadi perlawanan semalam penonton dijirus oleh renyai-renyai embun kasar yang menitis atas kepala, belum pernah rasanya kedai itu dipenuhi khalayak sebegitu rupa, oooooo, seingat ambo Piala Dunia sikit masa lepas, tempat itu juga penuh dengan pakcik yang berkopiah putih turut sama menonton, semangat ku tengok semalam. Itu lah bayangan sokongan dan harapan bukan hanya warga kota yang 101% menyokong tetapi bahang perlawanan semalam turut dirasai hingga ceruk kampung, semua dahagakan kemenangan dijulang, ambo rasa keadaan ini pernah berlaku ketika skuad Thomas juara menenta

Pengurusan konflik suami-isteri...

Image
Umpama air laut, ada pasang surutnya, perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan kerukunan dalam sesebuah rumahtangga. Setiap perkahwinan memerlukan pengorbanan baik di pihak isteri mahupun suami. Jika sebelum ini  segala tanpa perlu dikongsi, namun dalam melayari kehidupan berumahtangga segala cabaran dan rintangan perlu dihadapi bersama. Perkahwinan merupakan perkongsian hidup yang memerlukan pengorbanan dan komitmen yang serius diantara lelaki dan wanita bagi menjamin kelangsungan hidup bersama sepanjang hayat. Tidak dinafikan berlaku penafian dan konflik diawal-awal perkahwinan. Ini kerana masing-masing mempunyai tahap kegoan masing-masing serta proses mengenali hati-budi antara suami dan isteri. Setiap pasangan perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk mengatasi dan menangani konflik yang berlaku untuk mengelakkan konflik menjadi lebih serius. Cara menangani konflik: 1. Mengenalpasti punca timbul konflik 2. Utamakan perbincangan bukan bersendirian. 3. Pilih cara yang tida

Bersedia.....untuk berhemah

...Hidup perlu diteruskan, minggu lepas kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi kepada beberapa item barangan keperluan  asas utama pengguna. Walaupun pahit terpaksa jua ditelan. Sebanyak RM 1.18 bilion dijimatkan ekoran dari pengurangan subsidi tersebut. Jumlah sebanyak itu mungkin dapat digunakan oleh kerajaan untuk pelbagai program kerajaan yang lain. Kenaikan harga setiap item tersebut pasti berlaku setiap kali pengurangan subsidi direalisasikan. Sebagai pengguna apakah kita telah cukup persediaan bagi menghadapi situasi yang tidak terjangka ini. Hakikatnya rakyat perlu bersedia dengan kenaiakn yang pasti akan berlaku. Rakyat tidak lagi boleh sepenuhnya bergantung kepada subsidi semata. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan :- 1.  Berj

Ketuanan Melayu?

....Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia,  secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera . Artikel mengspesifikkan bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada Kontrak Sosial  dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan melayu dan  k epercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. ..Itu adalah intipati sebenar seperti yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia. Tidak timbul isu Tuan-Hamba seperti yang digegakkan oleh sesetengah ahli politik.    Sejak dari zaman berzaman lagi Sultan merupakan tuan kepada Bangsa Melayu- Justeru itu apabila seseorang individu mengadap Sultan atau Raja Raja Melayu perkataan yang disembah pada awal bicaranya ialah Tuan

...Jasa Mu Ayah Bonda..

....Tidak pernah ku lupa Jasamu padaku wahai Ayah Bonda Dariku kecil sehingga menginjak dewasa Diselimuti ku kain lepas, lapik tidurku kain perca cuma ....Jasamu Ayah Bonda Dapat ku kenal Alif, Ba, Ta ...Jasamu Ayah Bonda Ku mengenali kupetahi yang mana emas, yang mana suasa Tertanam kemas dibenak ini Mek dan ayah berdua pengurus rumahtangga Bagaimana tiga amah dikongsi bersama ...Jasamu Ayah Bonda Perjuangan mu berdua di ladang Tok Gawa Tidak pernah kulihat dibenak wajahmu berduka Kami anakmu hanya meronta-ronta dan terus meminta ....Jasamu Ayah Bonda.. Masih ku ingat sepaksa durian dibahagi berlima Mu hanya melihat, memandang terpaku tanpa ku sedar air mata mu menyika Kami hanya meminta dan terus meronta Subuh itu masih berlegar di jiwa ini Mu menggerak, menggeliatku dengan riak masam mencuka Tidurku terganggu, rutin mu bagiku menggangu mimpiku Aku belum puas menikmatinya bonda... Bangun anakku... Cekmek, karipap sudah tersedia di meja kena hantar sebelum mat