Posts

Showing posts from 2014
"..Ahli Mesyuarat Tingkap..." Pelbagai pendapat disuarakan  Usai majlis pembentangan Oleh Memanda Menteri Sukanya sekelian YB bergelar   Pak Menteri sekelian lama mengikat perut khidmat diberi tanpa minta dijunjung julang.. Insentif diberi pelbagai tapi hujungnya mesti 1M  Bersyukur lah rakyat kita diajar Jangan bantuan jalan sekerat Dibalun dipertengahan oleh golongan keparat Rasionalisasi subsidi dikenali Bagi kami harga naik lagi bila turunnya aku pun tak pasti Yang pasti naik lagi naik lagi kita rakyat disuruh redi Negara maju katanya Masih murah katanya berbanding jiran kita Dengar boleh jangan dipercaya -WSLM- Gulakapas
Aku & Kamu..... Patut tahu kena turuti bersama selusuri Berkawan lah dengan kejujuran, keikhlasan akan membawa kepada keberkatan hidup dalam kemuliaan diredhai tuhan, sentiasa berada dalam ketenangan, dapat mengelak kekhilafan dalam membuat keputusan Patut tahu kena turuti jangan ingkari Bersahabat lah dengan kesabaran, keinsafan akan membawa aku dan kamu sentiasa dalam persediaan menghadapi hari pembalasan, memandang terus hanya kedepan jangan sesekali ditoleh kebelakang Bersahabatlah dengan kesabaran, kematian, keinsafan Ini akan menjadi pemandu kepada jalan keredhaan Patut tahu kena turuti bersama selusuri Bercintalah dengan kesetiaan, kematian Kerna inilan peneman mu dikala kesempitan di dalam kebuntuan Ingatan kepada kematian nescaya akan menginsafkan Patut tahu kena turuti bersama selusuri Bermusuhlah dengan keegoan,dengki khianat, Membawa aku dan kamu kelembah kehinaan Egoistik menguasai diri hidup sentiasa dalam kepura-puraan, Wajib dimurkai tuh
-Muhasabah diri- Nasib kau lah Palestine. Walaupun bumi kau ada baitul Maqdis, kami tak peduli.. Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah Terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestine, kau kotor, lemah dan penakut. Cuba tengok anak Malaysia, semuanya hebat! Kami mampu membeli gadget, kami banyak masa ber’selfie dan berbicara hal cinta. Kemudahan FB kami guna utk bincang perkara tak berfaedah n letak gambar yg menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalah Wailing  Wall yahudi, kami luangkan masa melawan Allah, Kau kat sana berani?  Kau tak hebat anak Palestine. Kau gugur syahid tapi anak Malaysia gugurkan anak. Biar kepala kau berkecai ditembus peluru Yahudi setiap hari, McD juga jadi makanan kami setiap hari check in daily. Kerana kami mampu.  Kami peduli apa dengan darah kau? Bukan kami pilih utk bersaudara dengan kau. Anak Palestine, tidur malam kau tak lena kerana risaukan peluru dan bom musuh. Keesokkan hari kau bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan
-MUHASABAH DIRI- "... Di Singapura kenapa penumpang penangkutan awam beratur penuh disiplin untuk menaiki bas, di tanah tumpahnya darah ku, berebut-rebut... Ditanya pada seorang penumpang di Malaysia.. Katanya.... : Tak nak jadi macam kambing beratur masuk kandang.. Tapi bagiku walaupun mereka dikambingkan oleh kita...mereka tetap berdisiplin, negara mereka termasuk dalam ranking kebersihan terjaga, kadar korupsi rendah... Kita ? Sesi muhasabah... -WSLM-
Budak Itu.. Semalam, hari ini, esok dan lusa mungkin tulat.. Tiada yang lain lebih panas melekat Budak Firdaus bikin negara gempar  Teori bermacam dilempar Dera, zalim, khianat kepada amanah, Terus ditohmah Sampai bila, itu yang aku rasa Sampai bila. panas sekejap sebelum sejuk membeku Tiada beza dengan lain-lain isu Media masa memulas-mulas, memerah isu Aku simpati, engkau simpati, semua simpati Apa ada pada simpati, setakit pemanis bicara cuma Budak Firdaus sudah terkenal Lebih seabad menanggung derita Kasihan cuma sementara Kalau tak percaya Kita tunggu sama-sama.. -WSLM-
MH 370 Sebulan sudah berlalu Aku masih setia menunggu, Aku masih setia menanti Dapat kurasakan walau tiada pertalian Kaum kerabat yang tiada putus harapan Terus berharap dalam penyeksaan Menadah tangan ku terus bermohon Pada mu Ya Ilahi agar ditunjukkan lorong Dipermudahkan segala urusan pencarian Walau dicurah seribu macam teori kepada Mu jua Ya Allah kami menyerah diri Gah mu terbang di langit tinggi Terkubur jua di Lautan Hindi Bukan itu kesudahan yang kami ingini Tapi jika itu ketetapan mu Ilahi Kami hambaMu menerima sebulat hati Bukan meratapi tidak menangisi Tabahkan hati Kepada Mu Ya Allah Kami bermohon Akhirilah pencarian ini Tamatkanlah penyeksaan ini Jika ini Qada' Mu bagi kami yang alpa Jika ini balasan Mu bagi kami yang terlupa, yang terleka Engkau ampunkan kami Ya Allah Harapan setinggi gunung Doa dititip berhari Engkau tabahkan hati mereka Meniti hari mendatang MH 370, doa kami tetap bersamamu Kembalikanlah Ya Allah Kembalikanlah Ya

35...

DIABETES  adalah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan  dalam pankreas.  la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan. Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat. Terdapat dua jenis kategori diabetes yang dikenal pasti iaitu: Jenis I atau Diabetes Yang Bergantung Pada Insulin Jenis ini selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Pengawalan penyakit hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Punca utama diabetes ini berlaku disebabkan kekurangan insulin dalam bad
.....Iktibar,.. Semenjak 60-an hingga sekarang PALESTIN terus bergolak walaupuan jutaan umat Islam mendoakan kesejahteraan bagi saudara Islam di sana, hancur Yahudi laknatullah,,tapi kenapa Yahudi terus dan makin kuat malahan umat Islam PALESTIN terus tertindas... Analogi mudah,, dalam sebuah rumah si suami menyalahkan isteri kerana lupa mengunci pintu sebelum masuk tidur, suami pula dimarahi kenapa tidak mengganti tombol dan penggera tidak dibaiki...Pencuri ada dibilik sedang menggeledah barang-barang berharga.. Sekadar Renungan.. Gulakapas -WSLM-

DEMO..

DEMO... Hajat malah kecek, keno tubik jugok gotu naik goni naik Tunggu tughun tobat lahung  tok tughun dah Hari tu kereto kato nok tughun Tunggu pah ceghoh ruponyo set demo nawok Gotu naik goni tok tughun Janji lain mu buat lain Demo pikirlah layok ko dok Demo jadi mmiping Maso no kokghe sedak sangak kecek Bilo mu bulih Jale telenggok bawoh mu tok kelih Beringak sikit 2014 x lamo doh weh Peje celik-peje celik sapa doh weh Pahtu baru lah puok mu tehegeh-hegeh Tubik masuk kapong gotu mu nok raih Belong ni paka sokok wei lah tukar doh pioh Undi mu nok raih pakoh hok mu nok Lo ni ghakyak tok bodo ghama doh hok cudik-cudik FB, Whatsupp ado, wei lah ado jugo dok tweet-tweet Mu tunggu deh Tobat lah weh wahai hamba Allah Masa sudah semakin singkat Tanda terbit jelas dan nyata Sampai bila engkau mahu perah Sampai bila engkau mahu sesah Nafas dihalkum tiada berguna Ewang berjuta picisan sahaja Amal dan takwa hanya dibawa Amal dan takwa hanya dibawa Aku ken
...2013-2014... Alhamdulillah=   Syukur padaMu Ya Allah aku masih diberi peluang menghirup udara kurniaanMu, Jangan lah Engkau palingkan hatiku kearah mendustaiMu Ya Allah, Tetapkan hatiku kearah mentaati Mu Ya Allah  Subhanallah=  Begitu indah ciptaanMu, kitaran waktu bersilih ganti malam dan siang, matahari berganti bulan dan bintang. Aku bersyukur jendela 2013 ditutup langsir 2014 disingkap, semoga kehidupan ini sentiasa dirahmati, dilimpahi dengan naungan keredaan Mu Ya Allah. Laila haillah=  Tiada yang lain selain dari Mu Ya Allah, Engkaulah pencipta langit dan bumi, serta segala yang terkandung di dalamnya, Engkaulah yang maha berkuasa ata segalanya limpahi bumi dengan rahmat hujan, Allahuakbar=   Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Maha Besar, syukur pada Mu Ya Allah, memberi kesempatan bagi ku menghela nafas 2014, Kurniakan aku kekuatan bagi mengharungi cabaran 2014 dan 2013 Engkau jadikan sempadan buatku Ya Allah. Gulakapas -WSLM-z