Posts

Showing posts from August, 2015
10 Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari 1. Tidak berdiri lurus  – Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri 2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.  – Contohnya, bertakbir dengan lafaz  ﭐﷲ  di mulut, dan  ﺃﻛﺒﺮ  di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah  ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ  . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin
Cermin Sisi.. Hitam atau putih hanya itu pilihan yang ada... "..Syawal pastinya semua bertukar baru, dalam perjalanan ke kampung, di kiri kanan terlihat bukan sedikit yang menukar warna cat rumah sempena syawal, ada sebelumnya ungu ditukar kelabu, biru diganti hijau dan pelbagai lagi warna yang menjadi pilihan, asalkan sedap dipandangan. Terfikir sejenak bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini, adakah boleh dipelbagaikan warna mengikut pilihan hati,mungkin boleh, tetapi di garisan penamatnya hanya ada 2 warna sahaja iaitu hitam atau putih....pilihan ditangan kita...." -WSLM-
Cermin Sisi... Bertamu di rumah Allah Sesekali memerhati Terdetik di dalam hati  Sibuk sangatkah mengalahkan si menteri Selesai sahaja salam diberi Muka dipaling kanan dan kiri Mencangkung dan terus berdiri Paling belakang dan terus berlalu pergi Bertamu di rumah Allah Wiridlah sejenak walau di dalam hati Sebagai tanda Tuan rumah dihormati Seandainya dizahirkan ganjaran yang diberi Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' pasti rumah Mu dipenuhi... Sekadar muhasabah diri.. -WSLM-
Cermin Diri.. "..Walaupun tidak sependapat tanamlah sedikit dalam diri rasa cinta dan sayang kepada agamawan, hormati ilmunya, ingat dulu pernah bersama..." -WSLM- Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Cermin sisi.. "...Asal matlamat mengikut sunah tetapi akhirnya bertukar punah..." Muhasabah diri -Wslm-