Posts

Showing posts from May, 2012
Image
  Agak lama  mengikuti perkembangan Red Warriors dari jauh, seingat aku musim 2012 hanya sekali bertandang ke stadium, itupun di Kuala Terengganu. Walau pasukan sama sebagai terajunya tapi aura dan semangatnya tetap tidak sama seperti berkunjung ke SSM(IV). Disitulah titik permulaan kebangkitan The Red Warriors, dari pasukan belasahan hingga menjadi kegerunan pasukan lawan. Dulu amat risau bila Kelantan bertandang ke Shah Alam, Seremban, Alor Setar, Kuala Terengganu, tapi kini tidak lagi. Maka tidak hairan dek kerana transformasi bolasepak yang diperkenalkan olen TSAM. Kelantan menjadi antara penyumbang terbesar kepada kantung FAM dari segi kutipan tiket perlawanan. Juga tabik spring wajar diberikan kepada TSAM atas kejayaan mendapatkan penajaan kepada pasukan. Walau diselimuti kontroversi demi kontroversi dari peel kebudak-budakan pegawai FAM, TSAM usah risau puluhan ribu tetap di belakang anda kan terus menyokong pembaharuan yang dibawa TSAM. Nostalgia berkunjung ke SSM (I