Posts

Showing posts from October, 2010
Pantun khas final Piala Malaysia 2010. ...Sokong Biar Bijok    Jange Tunjuk Manggok    Oghe Kelate Bukan Manggok    Sarang Tebuan Jange Sapo Gi Jolok.. ...Oghe Kata kito Kat0k guna botol arak    Yo lo ko, biso demo kalut gitu pon bulih nampok    Jange caya lah sekian adik kakok    Botol budu tuh dio kato botol arak.. ....Mari gi ko bukit Jalilllll     Pakat Gi bawak bendera     Hasbullah awang bo lah jadi pengulas weiiii     Berat sebelah, x tahu nyo kata gapo... ... Tak dok pitis tak po     Tak leh gi stadium skrin besar ado     order lah wei milo kosong, teh o pun ado     make lah nasi, jeput jugok pulut lepo.. ...30 Oktober penentu segala     Si kijang bisa atau rusa yang juara     sama-sama lah kita sokong sedara     biar Si kijang di nobatkan To' Jora.. ....1234     5678     tunggu sambungan...huhu -WSLM- Gula kapas..

Ulangan Final 2009 (Kelantan Lawan Negeri Sembilan)

....Sekali lagi buku akan bertemu ruas, adakah sang kijang berjaya menongkah arus atau adakah si rusa berjaya melompat megah..keputusan 30 Okt ini bukan hanya pada 22 pemain yang beraksi diatas padang tetapi kepada pemain ke-23 dan ke-24 setiap pasukan. Tumpuan tidak hanya berfokuskan kepada keputusan perlawanan tetapi kepada tahap disiplin dan komitmen yang akan ditunjukkan oleh penyokong fanatik kedua-dua pasukan. Tumpuan mesti lebih terarah kepada penyokong pasukan Kelantan yang dilihat lebih mendominasi dan dianggap holigan oleh sesetengah pemerhati sukan tanah air. Setiap tingkah laku penyokong Kelantan akan sentiasa dipantau terus dijadikan isu dimuka depan media utama negara. Bukan untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak. Realiti kita dapat lihat bagaimana situasi yang berlaku semasa perlawanan antara Kedah dan Kelantan tempohari. Tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini jika kerjasama yang erat antara pihak atasan persatuan, kelab penyokong di jaga.  Dat

'Martabatkah bahasa melayu di bumi Malaysia'

.... Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah menjamin bahawa kedudukan bahasa dan hak orang melayu terjamin dibawah perkara 152 perlembagaan Malaysia. Telah terpateri kemas tanpa boleh digugat oleh mana-mana pihak walaupun akhir-akhir ini ada saja suara-suara sumbang yang semakin berani cuba untuk mempertikaikan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan tersebut. Pimpinan terdahulu telah mengambil kira dari pelbagai sudut supaya tiada pihak yang akan rasa tertindas dan hak masing-masing tidak tergugat. Dewasa ini kita lebih bangga untuk menuturkan bahasa asing dari menuturkan bahasa kebangsaan kita sendiri, jika ini tidak dibendung tidak mustahil hasrat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan tidak sampai kemana umpama mencurah air ke daun keladi sahaja. ...Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan perlu mendapat sokongan dan dokongan konstitutional pihak kerajaan dan swasta, apakah tidak boleh atau janggal jika kita mengendalikan mesyuarat, urusan jabatan, dokumentasi dalam baha

Air Mata Gaza

Image
  AIR MATA GAZA Palestin Engkau merempat dan tercela di tumpah darah mu sendiri oleh laknat bangsa Israel laknati Allah Berdekad malah berkurun lama darah mengalir akan terus mengalir tanpa henti Kenapa, Mengapa Dunia memandang SEPI MENGUTUK dan MEMERHATI Mujahidin Ingat engkau pada janji Allah Terus engkau bermandi darah mempertahankan perjuangan bangsamu dari terus dijarah Jangan undur 1948 Teruskan perjuangan fisabilillah Hamas & Fatah Hentikan persengketaan Bersatulah demi ummah Kemewahan duniawi, kerakusan kuasa cerminan adaptasi bangsamu yang lemah Ingatlah janji ALLAH -WSLM- Gula kapas..

Bangsaku..

Image
Bangsaku… Untuk apa terpekik melolong Terus diperkuda dan ditunggangi belakang Agenda terus diperjuang Walau gempita hanya di jalanan Yang senang terus menongkat langit Si miskin ini terus memohon secubit Secubit perhatian sekelumit kasihan… Untuk berjuang meneruskan kehidupan.. Melayu… Apa yang diperjuangkan.. Jika sekadar omongan kosong cuma.. Bertempik dijalanan Dihambat sebangsamu..kiblat yang sama.. Sedar wahai bangsaku.. Sekali tersadung itulah ingatmu.. Jangan dibiar maruah terus diinjak Berapa ramai lagi bangsamu Berkelana di hentian Serenti. Mundar-mandir di jalanan sepi Berpeleseran terus muda dan mudi.. Tidak terhitung para doktor sendiri Retak menanti belah... Islam terus diperkotaki… Politikus rakus menghasut domba.. Membangkit semangat marhain terus bergelora Yang putih tetap putih yang hitam tiada akan menjadi putih Bagi mu yang hitam dicorak kelabu,merah juga putih.. Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku.. Tak rela bangsaku terus ditelanj

Mengenal Allah

...Bagaimanakah jika Tuan diajukan soalan oleh orang bukan Islam, "sebagai penganut Agama Islam apa yang kamu sembah dikala sembahyangmu, dindingkah, pokokkah etc?... Cuba ukur tahap keislaman kita sekiranya Tuan diajukan persoalan sebegitu rupa, apakah jawapan yang hendak kita sediakan...
....Assalamualaikum....kembali kepada tabiat asalku, kala kebosanan tangan terusan gatal untuk mengetip keyboard, mencoret apa jua terlintas di fikiran dan mengupas isu secara kritis... minatku berkarya walau tanpa tauliah, minatku menulis walau tanpa muallim, minatku menulis walau tanpa kertas, minatku membaca walau sekeping warkah.... -WSLM-