Posts

Showing posts from 2013

Kisah disebalik tirai besi...

Image
Mek Aku Dah Serik Mek aku serabut, aku nok kelik Aku takut aku doh serik Tak sir buat doh, aku janji denge mu mek weii Puah doh aku dok tepik Aku takut mek wei kiri kane belake depe pakat dok hipit Aku nok tubik Mek aku serabut, aku nok kelik Dok dale ni raso lamo doh Bilo lah bulih tubik, aku dah peghit Tengok woda seko-seko mace jin aprit Paha, betis, punggung aku habis doh keno cubit Mek Pade lah aku doh serik Tulo lah maghi jamin aku dah serik Aku janji lepah ni tok sir main doh bare hok pelik-pelik Dulu aku dok koya pah ni nok jadi oghe baik-baik Mek maghilah, maghilah, maghilah Aku sakit, aku ssekso, aku pedih Dok dale ni buke syurga tapi mace nerako Aku serik, dok dale baru tahu aku ni banyok dosa Aku buat banyok kkaro hok mu tok suko Mu lare aku buat tok ccaro Mek aku doh serik Dok dale ni make nasi kuah cuko Ike kering tok leh banyok hanyo wi seko Serik dah aku mek wei tok sir aku telan pil kudo Dulu mu laghe aku buat tok cagho Mu oghe tuo

Dulu, Kini Dan Selamanya...

Dulu, Kini & Selamanya.... Dulu.. Engkau bilang kami marhaen umpama raja Wajib didahulukan segenap pelosok Wajib ditatang bak minyak yang penuh Wajib disantuni bak bangsawan terpilih Kini.. Kami Jadi umpama hamba Engkau naikkan segala-gala Gula berharga bak intan-permata Dengan dalih dan kalih umpama dari yang tidak berakal Engkau senang mengaut segala-gala Selamanya Kami marhaen melukut di tepi gantang Kamu umpama kacang lupakan kulit Dulu, dulu ku menderita sekarang masih terasa Dulu... Kamu bilang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Kamu bilang duduk sama rendah berdiri sama tinggi Kamu bilang kita umpama aur dan tebing Kamu bilang bukit sama didaki, lurah sama dituruni Kini... Semua itu indah khabar dari rupa Kami umpama lembu dicucuk hidung, Kami dipaksa mengembek bila dikandang kambing, menguak di kandang kerbau Selamanya kamu bermuka dua, laksana menggantang asap mengukir langit Dulu,kini dan selama-lamanya Kamu senang menongkah langit Ka

Sero Nak Kecek...

Sero nok kecek, oghe kkapung tahu belako doh Sek kito TRW bulih gi final, putuh urat meghaih dok tepik melalok pakat dok sokong Tepoh bah belako sek kito Trans, Budayo, Sani nge Mutiaro Penuh belako kot atah jale,,ado naik krai, pok ngoh mu tunggu nok naik mmuse Sero nok kecek, oghe kkapung tahu belako doh Sek kito TRW jupo nge Pehe JDT kito kenyek, Gladiators kito bedil, Tok Gajoh tetu bulih make Sakni gi make teh nge pulut pauh, tok bereti ghadu dok kecek pasal ni Bola, bola, bola, semangat molek puok ambo Sero nok kecek, oghe kkapung tahu belako doh Ambo nok gi Shah Ale x kigho lagu mano pon Tupe muto saing pun tak apo lah asa bulih dok punggong Tak cekak pun tak apo kito gi slow-slow Ejas molek wei kalu letih wi kawe pulok pulas muto Sero nok kecek, oghe kkapung tahu belako doh kawe ghaso  tak dok tak cerak pakat tahu belako Indra, Ben 10, Piya, Daudsu oghe kito Tok lupo Jiji Mat Derus tu jange tebe dok celiko Sero nok kecek, oghe kkapung tahu belako doh Bol

33 34 35

SELAMAT HARI LAHIR 34 tahun menempuhi liku dan ranjau dunia Sepak terajang bagi yang mampu menempuhinya Dari Bertatih kini Aku mampu memimpin sebuah keluarga Terkadang terlupa apa keinginanku yang sebenarnya Terkadang terlupa tanggungjawab padaNya 34 tahun menempuhi sepak terajang duniawi Dahulu bujang kini mampu mempunyai seorang isteri Juga dikurnia seorang putera sebagai penyeri InsyaAllah tahun hadapan akan bertambah lagi Putera atau puteri tak kisahlah asalkan bukan tambah bini 34 tahun dari bawah hingga ke atas Mengeja, membaca, mengenal, mengira Terima kasih buat muallim yang tak terhingga Buatku mengenal erti dunia, buat tahu apa itu dunia 34 tahun terkadang terlupa Adakah cukup bekalan yang akan dibawa Aku bermohon pada Mu yang Esa Dipanjatkan doa setiap masa Agar tingkah ku sentiasa terpelihara Tidak terpesong walau seketika. -WSLM- Gulakapas 

SABTU BERTEKA-TEKI

Image
SABTU INI (5 Oktober 2013 SSMIV) Sabtu ini datang lagi Aku terus berteka-teki Adakah The Red Warriors atau JDT Sabtu ini ramai yang menunggu Bagi aku Sabtu yang istimewa semua orang tertunggu-tunggu Pakat kita penuhi stadium di Kota Bharu 4-2 belum tentu The Red Warrior akan gigit jari Sabtu ini datang lagi  TRW dan JDT bertemu di stadium keramat kami Santuni tetamu yang berkunjung kemari agar tak serik untuk datang lagi Sabtu ini siapa akan jadi wira Masuk berdebar keluar gembira Didalam bermusuh luar jangan bersengketa Tunjukkan sebenar peel perangai kita Piya, Indra, Paan, Walau spekulasi bertebar dimana-mana Ubah angin ubah selera Tetap jaguh anda di mata Dickson, Obina si wira hitam Di mata kami anda permata Harap musim hadapan terus bersama The Red Warrior terus bertakhta Terus berteka-teki Siapa akan jadi wira sejati Tidak mudah tidak juga susah 90 minit lagi menanti Yuh ayuh,ayuh Kelate ku, hari ini kita mesti menang Gomo Kelate Gomo..

Kata Hati....

KATA HATI.. Ikut kata hati mati Tutur kata jangan emosi, sumpah seranah minta jauhi Agar hidup sentiasa dirahmati Ilahi, Hindari khianat juga dengki Ikut kata hati mati caci-maki permainan keji, adu-domba rencah rencah duniawi Lakonan insan kerdil penuh hipokrasi tiada syukuri nikmat Ilahi Masih kedengaran hingga kini, manusia agungkan dunia berbanding ukhrawi Ikut kata hati mati ingatan pada diri sendiri  agar tidak tersesat hadapan hari Sifat mazmumah mohon dijauhi Ikut kata hati mati Ikut kata hati mati Ikut kata hati mati -WSLM- Gulakapas

7 Rombongan Cik Kiah

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”  Rombongan 1  Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.  Rombongan 2  Akan datan
Image
"SOLIDARITI UNTUK MESIR" Bumi Anbiya itu bergolak lagi, adakah ini balasan dari Ilahi atau percaturan balaci yang gilakan kuasa duniawi Tanpa sedar Kuasa Mutlak adalah milik Ilahi Bumi Anbiya itu berdarah lagi, darah syahid dan syahidah membasahi Bumi suci dicemari dengan pergolakan sesama muslim, seakidah, sekiblat dan bertuhankan yang Esa Ada segolongan tertawa memerhati, cuci tangan dan cuci kaki, hanya cukup dengan melobi, kenapa bumi itu terus dinodai, didengki dan diirihati Adakah kerna manusia tahfiz yang bernama Morsi, Islam tidak mahu tertegak lagi, Tapi aku dan kamu harus mengerti bagaimana janji Ilahi itu tidak sesekali akan dimungkiri malahan tidak akan dikhianiati. Ingatlah para Syuhadah mati mu bersih, mati mu jihad, aku rindu kearah itu. Ada segolongan tertawa memerhati, yang memandang dengan sinis dan buta hati dipekakkan telinga, masih galak rumah terbuka dihadiri, walau saudara seagama terus dizalimi. Aidilfitri mu disambut dengan peluh dan d

Ikhlas buat semua sahabat dan rakan...

Image

Selamat Hari Raya..

Kelantan...  Make ikke cicoh budu  Jange lupo tamboh ikke pekase  Kelik rayo jange laju  Nanti masuk wab kecimase Terengganu... ..  Makang satar kuale kemamang  Tamboh pulok otok-otok ikang parang  Esok rayer mula buat demang  Takut anok buoh mitok pitis dok starang Pahang... .. Apa kabar orang pahang kita Makan nasi gulai ikan patin  Hari raya jangan masam muka  Bermaafan itu yang penting  Johor...  Cegitu cegini awak suke  Awak suke kite tak suke  Esok luse hari raye  Sama-sama bersuke rie  Melaka...  Hawau kau berak merate  Kaki bengkak ulau patok  Kalu balik naik kerete  Jangan pandu kalau ngantok  N. Sembilan...  Masak lomak cili api  Campo dongan daun turi  Hari rayo moriah sudah pasti  Orang tuo jangan dilupoiii Selangor/K.Lumpur Wa cakap lu wa tak tau  Tapi wa tipu sama lu  Raya jangan buat tak tau  Angpau mali wa cakap lu  Perak...  Gulei tempoyak ikan mayong  Deroyan busok tebok tupei  Pandu hemat ingat kampong  Ase(Asal) teman selamat sampei  Kedah... .. Aloq Staq terketaq-k

Naik Yang Tak Turun..?

Image
Naik lagi naik lagi.. Hari ini harganya naik lagi Aku sokong janji ini ditepati Naik yang ini amat dinanti-nanti Malang menimpa buat si lelaki Wanita juga ada aku dok perati Bertambah sikit bebanan hari-hari Dulu 10.20 tetapi 10.50 kini Ada juga cecah 10.90 sekotak wei aku baca tadi Naik Yang Turun-Turun Buat si laki yang tak faham-faham Tetap disedut lepas sebatang-sebatang Bini merungut terus paling belakang Buat tak tahu- buat tak tahu Hari-hari kerajaan dok kempen Jangan merokok bahaya diri Hari ini harga naik lagi Tetap sama jah orang masih beli Fatwa keluar haram dah kamu tetap beli Dipandang sepi orang bawah sampailah menteri Aku tak tipu aku tengok sendiri Harga Rokok naik lagi  Buat kamu perokok susah hati Tapi bini berbunga di hati Dapat jimat kalau suami berhenti Nanti-nanti dan terus menanti Selepas ini apa yang nak naik lagi Kena faham sebab nak stabilkan negeri itu kata pak menteri Aku pun terg

Terima Kasih Cikgu....

Image
(Penilaian Menengah Rendah 1995)........"Tengok lah line clear dok"... aku bersama rakan team 6 jahanam yang digelarkan di sekolah ku. Jahat sangatkah kami hingga digelar 6 jahanam. meh sini aku nak cerita..Pok Bu, Eri, aku, Imli, Buhe, Serol Jabar...ni team aku pada pagi tu, hisap rokok dalam kelas perkara biasa, dalam tandas rutin harian, Jeram Lubuk Lesung, jam 10.00 pagi tamat waktu sekolah.. Cikgu Johari, Cikgu Azmi, Cikgu Adnan masa tu kami anggap musuh...Seluar GQ seandainya dipakai sekarang tak tergamak agak-agaknya. Tapi ikut trend waktu tu, songkok yang dipakai di conteng dengan pelbagai corak...Setiap kali mulakan kelas pasti ustaz, ustazah, cikgu akan menyebut keenam-enam nama diatas tadi, kalau tiada seorang, lima orang lagi akan tiada..Syamsul Maarif yang menjadi kenangan terindah. Pernah rakan karib Mahussin ditahan polis kerana ponteng dan ditahan polis. Setelah dibebaskan pakat gelak beramai-ramai. Bagi kami pada waktu itu tidak terlintas keredaan guru

Siapa Kita ?....

Image
Perbincangan antara seorang ateis dan seorang ahli Fiqh Islam.. Ateis: Percayakah engkau mengenai adanya Allah? Ahli Fiqh: Ya, tanpa keraguan. Ateis: Pernah melihatNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Pernah dengar suaraNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Pernah cium bauNya atau menyentuhNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Semua jawapan Tuan tidak pernah, jadi bagaimana Tuan meyakini adanya Allah. Tanpa menjawab ahli Fiqh bertanya soalan kepada Ateis tadi. Ahli Fiqh: Tuan mempunyai otak? Ateis : Ya, sudah tentu. Ahli Fiqh; Adakah Tuan pernah melihat otak mu, pernah mencium baunya, atau pernah menyentuhnya. Ateis: Tidak pernah Ahli Fiqh: Lalu, bagaimana Tuan begitu yakin untuk mengakui bahawa anda mempunyai otak jika tidak pernah melihat, malah mencium atau menyentuhnya. "Renungan....." "Hanya manusia yang tidak berakal sahaja yang tidak mengenali siapa Penciptanya. Melakukan kerosakan di dunia,....Merperhambakan diri pada k

P@sca 5 Mei 2013....

...Sekian kali  Dia menang lagi, ada yang gigit jari ada juga yang bertepuk dahi Sudah cukup-cukup,cukup sampai disini saja daripada batin terseksa, lebih baik dok diam saja Sekian kali Aku ingat ini kali tapi banyak juga lain kali Tapi aku suka yang berkali-kali Jangan janji tidak ditepati, nanti akhirat menanti Nanti YB jawablah sendiri.. Sekian kali Dia kata, BN menang lagi PR menggigit jari Betulkah YB..cuba renung anda punya prestasi Dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi Aku rasa lebih teruk lagi,  Sekian kali Orang kata bukan aku kata Tipu sana menjadi-jadi Menjadi-jadi juga tipu disini Habis apa nak dikata Putar Alam yang banyak menguasai Sekian kali Baik berhenti kalau tak tunai janji Terkebil-kebil nanti bila rakyat tuntut janji Mana royalti, mana royalti, tak mari-mari puas melalak macam mati bini Pak Him, guano demo Segar ko,,Sobar banyok deh Hidup ni lagu tu lah, biar muko x comel tapi hati mulio Tapi demo malah nak kato, t
Image
".....Pesta Demokrasi kembali, hampir 10 hari terkedepan kita lah raja, bukan hamba yang momokkan demikian, dipetik dari salah seorang calon yang akan bertanding pada PRU-13 nanti. Pelbagai ragam boleh diperhati, masing-masing bertungkus-lumus untuk menaikkan parti, bila disebut janji ditepati ditukar lagi kepada janji di capati.  Tertarik hamba untuk beranalogi PRU-13 usai membelek tulisan seorang penulis yang hampir semua koleksi tulisan beliau akan hamba perolehi. Kita pengundi jangan menjadi seperti anjing buruan walau tangkas, bijak, ligat, cergas dan setia hanya ikut melulu tanpa ada usul periksa, jadilah punggok yang penuh teliti dan berstrategi dalam melaksanakan apa jua tindakan, fikir baik-buruk dan kesan jangka masa panjang untuk generasi depan. Bukan niat hamba untuk membinatangkan sesama manusia tapi jangan disalah tafsir ini hanya perumpamaan.  Adakah kita mahu mewariskan anak cucu dengan segala yang melalaikan, bukan menolak kemajuan dan kebendaan. "....Kej