Posts

Showing posts from June, 2015

SENSITIFNYA KITA UMAT ISLAM..

Melenting amarah bila kalimah Allah dakwa dihina Cuba diguna penganut lain agama, ekslusif untuk Islam sahaja katanya puas berdemontrasi, memorandum, mula timbul pelbagai andaian Sensitifnya kita bila karikatur junjungan dieksploitasi, dimuat turun Terasanya kita bila lambang salib kebanggaan penganut kristian diletakkan di tengah-tengah komuniti melayu Islam katanya Terlompat kita bila azan diperlekeh, puasa sahur jadi bahan gurauan Meletup kita bila alunan bacaan didakwa cuba disekat disesetengah kawasan Azan disuruhnya perlahan, menggangu jiran-jiran Marah, melenting, sensitif, terasa, terlompat , meletup bila semua perkara itu berlaku kononnya Tetapi tidakkah kita malu sebagai orang Islam berapa saf kah jemaah masjid surau yang memenuhi selepas iqamah dialunkan bilal Tidak guna laungan azan segenap pelosok tapi seruan itu disambut segelintir mukmin yang betul-betul kuat dan hebat di dalam golong keparat Sensitifnya kita bila kalimah Allah ingin dikongsi,