Posts

Showing posts from May, 2013

Terima Kasih Cikgu....

Image
(Penilaian Menengah Rendah 1995)........"Tengok lah line clear dok"... aku bersama rakan team 6 jahanam yang digelarkan di sekolah ku. Jahat sangatkah kami hingga digelar 6 jahanam. meh sini aku nak cerita..Pok Bu, Eri, aku, Imli, Buhe, Serol Jabar...ni team aku pada pagi tu, hisap rokok dalam kelas perkara biasa, dalam tandas rutin harian, Jeram Lubuk Lesung, jam 10.00 pagi tamat waktu sekolah.. Cikgu Johari, Cikgu Azmi, Cikgu Adnan masa tu kami anggap musuh...Seluar GQ seandainya dipakai sekarang tak tergamak agak-agaknya. Tapi ikut trend waktu tu, songkok yang dipakai di conteng dengan pelbagai corak...Setiap kali mulakan kelas pasti ustaz, ustazah, cikgu akan menyebut keenam-enam nama diatas tadi, kalau tiada seorang, lima orang lagi akan tiada..Syamsul Maarif yang menjadi kenangan terindah. Pernah rakan karib Mahussin ditahan polis kerana ponteng dan ditahan polis. Setelah dibebaskan pakat gelak beramai-ramai. Bagi kami pada waktu itu tidak terlintas keredaan guru

Siapa Kita ?....

Image
Perbincangan antara seorang ateis dan seorang ahli Fiqh Islam.. Ateis: Percayakah engkau mengenai adanya Allah? Ahli Fiqh: Ya, tanpa keraguan. Ateis: Pernah melihatNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Pernah dengar suaraNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Pernah cium bauNya atau menyentuhNya? Ahli Fiqh: Tidak pernah. Ateis: Semua jawapan Tuan tidak pernah, jadi bagaimana Tuan meyakini adanya Allah. Tanpa menjawab ahli Fiqh bertanya soalan kepada Ateis tadi. Ahli Fiqh: Tuan mempunyai otak? Ateis : Ya, sudah tentu. Ahli Fiqh; Adakah Tuan pernah melihat otak mu, pernah mencium baunya, atau pernah menyentuhnya. Ateis: Tidak pernah Ahli Fiqh: Lalu, bagaimana Tuan begitu yakin untuk mengakui bahawa anda mempunyai otak jika tidak pernah melihat, malah mencium atau menyentuhnya. "Renungan....." "Hanya manusia yang tidak berakal sahaja yang tidak mengenali siapa Penciptanya. Melakukan kerosakan di dunia,....Merperhambakan diri pada k

P@sca 5 Mei 2013....

...Sekian kali  Dia menang lagi, ada yang gigit jari ada juga yang bertepuk dahi Sudah cukup-cukup,cukup sampai disini saja daripada batin terseksa, lebih baik dok diam saja Sekian kali Aku ingat ini kali tapi banyak juga lain kali Tapi aku suka yang berkali-kali Jangan janji tidak ditepati, nanti akhirat menanti Nanti YB jawablah sendiri.. Sekian kali Dia kata, BN menang lagi PR menggigit jari Betulkah YB..cuba renung anda punya prestasi Dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi Aku rasa lebih teruk lagi,  Sekian kali Orang kata bukan aku kata Tipu sana menjadi-jadi Menjadi-jadi juga tipu disini Habis apa nak dikata Putar Alam yang banyak menguasai Sekian kali Baik berhenti kalau tak tunai janji Terkebil-kebil nanti bila rakyat tuntut janji Mana royalti, mana royalti, tak mari-mari puas melalak macam mati bini Pak Him, guano demo Segar ko,,Sobar banyok deh Hidup ni lagu tu lah, biar muko x comel tapi hati mulio Tapi demo malah nak kato, t