Posts

Showing posts from November, 2010

Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung..

Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung ▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih. ▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi. ▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian. ▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari. ▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari. ▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari. ▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang

Pengguna tertipu...

Image
...Banyak program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menangani kes penipuan terhadap pengguna. Kerajaan melalui agensi dan jabatan dibawahnya snetiasa menjalankan program penerangan dan dan taklimat bagi mewujudkan kesedaran tentang ilmu kepenggunaan dalam komuniti di bandar juga di luar bandar. Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat Pangkal Chuit pada 26 November 2010 yang lepas. Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Kelantan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Machang telah menganjurkan satu program Kesedaran Kepenggunaan bagi mewujudkan kesedaran tentang ilmu kepenggunaan di kalangan warga emas. Ini ekoran dari modus operandi sindiket sekarang yang mengutamakan golongan luar bandar yang rata-rata cetek mengenai ilmu kepenggunaan disamping mudah terpedaya dengan pelbagai skim atai program yang diperkenalkan. Ceramah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Kelantan. Penerangan yang ringkas diberi

RON 95 @ RON 97

Image
  .....ROAD OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup berbanding proses pembakaran yang sepatutnya. Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin. .....RON 97 lebih tinggi ketahanannya berbanding RON 95, RON yang tinggi dicipta untuk mengelakkan berlakunya nyalaan pramatang dan kebiasaanya dicipta khusus untuk kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta lumba dan sport car. Walaupun begitu tidak bermakna RON 95 tidak sesuai untuk kenderaan kita. Nilai oktana tiada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api. Yang penting rujuk kepada manual kenderaan masing-masing adakah sesuai untuk menggunakan petrol berplumbum atau tidak berplumbum. Selain itu boleh juga melihat Sticker Octane Rating yang terdapat di lip penutup minyak kereta anda. juga tercatat jenis minyak
Image
....Pagi yang santai berkesempatan bersama PPD Daerah Machang, berkereta mengelilingi sekitar perkampungan tradisional Melayu dan Cina di pinggir Sungai Kelantan, pelbagai perkara yang dibualkan dari isu politik, masalah kebajekan sosial anak muda, kebobrokan masyarakat desa berpolitik hinggalah kepada isu cenderahati dari lembu yang sangat banyak disumbangkan oleh peliharaan yang mungkin tidak bertuan. dimanakah kesedaran sivik yang wajib ada memandangkan semua desa yang dikunjungi rata-rata masyarakatnya menjadi pendokong dan penyokong tegar perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan. Bahkan  nabi SAW sendiri bersabda "Kebersihan sebahagian daripada Iman". Jika begitulah peel perangai dan cara orang kita mentadbir dan menguruskan binatang peliharaan masing-masing, Fikir-fikirkanlah, satu lagi perkara yang wajar disentuh wajarkah jika sebelum ini haiwan peliharaaan dibiarkan melata tetapi ditambat atau dikurung bila menjelang sahaja Raya Korban (Raya Haji lah).  ....Sangat

sedar X sedar

Image
...Sepanjang 2  hari bersama masyarakat orang asli Pos Brooke yang berasal dari suku kaum Temiar sedikit sebanyak menyedarkan kawe bagaimana realiti kehidupan sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi Allah. Sepintas lalu mengenai masyrakat ini rata-rata mendiami kawasan yang sedikit jauh dari sungai-sungai besar dan jeram kerana dipercayai kawasan tersebut mempunyai penunggu atau puaka yang akan mengganggu penempatan dan kehidupan harian mereka kelak. Masyarakat ini amat pemalu walaupun sangat tertarik kepada perkara-perkara baru seperti telefon bimbit dan kamera digital. Tidak hairanlah jika mereka begitu ralit melihat kawe bercakap melalui telefon dan menghalakan kamera digital untuk merakamkan kegiatan harian mereka.  ......Walaupun  majoriti masyarakat ini menganuti agama Islam, tetapi pada pengamatan ambo masih banyak yang perlu dilakukan oleh jabatan kerajaan dan NGO didalam memberi kesedaran dan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian mereka. oleh itu tidak hairan

Selesai sudah... Galas dibahu yang tergalas

Image
Selepas 4 November 2010, keputusan mutlak diumumkan samada diterima atau tidak wakil dari parti kerajaan akan kembali menjadi peneraju dan wakil di dalam sidang DUN Kelantan hingga PRU ke-13 yang akan diumumkan kelak. Tahniah kepada yang berjaya juga sekalung penghargaan kepada yang kurang bernasib baik kerana tidak kedengaran atau berlaku insiden-insiden yang tidak diingini. Bekerjalah... pesanan bukan sahaja dari Gula Kapas tetapi majoriti rakyat di DUN Galas yang memberi undi dan sokongan kepada Tuan, janji hendaklah dipenuhi jika tidak mahu pisang berbuah 2 atau lebih kali. Majoriti bertambah bermakna sokongan telah kemballi memihak kepada pihak demo dan sokongan terhadap dasar-dasar dan  program yang pihak demo warkan, mintak jauh jika janji hanya tinggal janji dan umpama menanam tebu di bibir sahaja. Berkorbanlah... rata-rata masyarakat DUN Galas terutama masyarakat Orang Asli  masih ketinggalan dalam aspek kemudahan infrastruktur asas selain isu-isu setempat yang membelenggu m

Sedarlah Wahai Bangsaku..

Bangsaku… Untuk apa terpekik melolong Terus diperkuda dan ditunggangi belakang Agenda terus diperjuang Walau gempita hanya di jalanan Yang senang terus menongkat langit Si miskin ini terus memohon secubit Secubit perhatian sekelumit kasihan… Untuk berjuang meneruskan kehidupan.. Melayu… Apa yang diperjuangkan.. Jika sekadar omongan kosong cuma.. Bertempik dijalanan Dihambat sebangsamu..kiblat yang sama.. Sedar wahai bangsaku.. Sekali tersadung itulah ingatmu.. Jangan dibiar maruah terus diinjak Berapa ramai lagi bangsamu Berkelana di hentian Serenti. Mundar-mandir di jalanan sepi Berpeleseran terus muda dan mudi.. Tidak terhitung para doktor sendiri Retak menanti belah... Islam terus diperkotaki… Politikus rakus menghasut domba.. Membangkit semangat marhain terus bergelora Yang putih tetap putih yang hitam tiada akan menjadi putih Bagi mu yang hitam dicorak kelabu,merah juga putih.. Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku.. Tak rela bangsaku terus ditelanj