Posts

Showing posts from 2011
Image
...Assalamualaikum. Agak lama juga tidak menulis, walau hati terasa ralat jika tidak menulis, kerna sebelum ini bagi ku menulis di lamanku umpama dapat mengurangkan tekanan tempat kerja... Tempat baru, suasana baru, budaya baru, status baru dan pelbagai pembaharuan yang perlu ambo rasai dan tempuhi, kini umpama orang bujang di Dungun, zaujahku di Melaka, dugaan Allah buatku, kini perkahwinanku tanggal 12 Jun 2010 diserikan lagi dengan kehadiran penyeri putera sulungku Amsyar, pengikat kasih dan penyambung zuriat keturunanku. -WSLM- Gulakapas  

Tahniah YB

2-0, kemenangan yang diboleh dikatakan selesa jika ukuran tersebut perlawanan bolasepak yang melibatkan 2 pasukan yang bertanding. Kemenangan yang menunjukkan penanda aras penerimaan dan kembalinya sokongan majoriti pengundi bumiputera melayu kepada Parti Barisan Nasional. Keputusan ini juga mungkin akan mempengaruhi mood   Y.A.B Tok Jib untuk membuat kejutan bukan ala ‘ April Fool ‘ kepada rakyat untuk membubarkan parlimen dan mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tarikh pilihanraya umum ke 13 akan diadakan. Dalil dan petunjuk makin jelas usai SPR mengumumkan selepas Mac 2011 jika masih ada dikalangan YB yang   pendek usia dan dicabut nyawa oleh Izrail, kerusi akan di biarkan kosong tanpa ada PRK. Ambo sokong itu YBhg Pengerusi SPR kerana jika PRK diadakan akan melibatkan kos yang tinggi dan peruntukan tersebut bolehlah disalurkan untuk membantu golongan-golongan yang selayaknya untuk ditolong. Perkara utama   yang ambo sangat runsingkan setiap kali PRK
Image
…..BERDOSAKAH AKU IBU…. Masih ku ingat ibu, tatkala berderum ngauman jentera itu Masih ku ingat bonda, tanggal dan detik itu Harap ku panas hingga ke petang, rupanya gerimis jua yang membasahi bumi Bukan nikmat padaku, tidak juga tuah tercampak pada diriku… Detik itu ibu, saat itu bonda, tangga1   01 Januari…..sambutan yang dinanti oleh mu bersama teman-teman mu, mungkin dia, mungkin juga yang berkaca mata itu menjadi bapaku.. Saat itu tiba jua, engkau hanyut ibu dalam pelukan lelaki jongos itu, puas bersamanya mu khayal didalam rangkulan mungkin ayahku, tidak mungkin itulah bapaku. Malam itu ibu…bermula sebuah kisah duka engkau ditiduri,engkau ditelanjangi, engkau leka dalam khyalan bukan satu,dua, tiga mahupun empat entah tidak terhitung… Kehadiran ku dalam rahim mu tidak ditagih, tidak jua didamba, namun bonda, Allah jua maha berkuasa, aku mampu bertahan .… Tanggal dan   detik   itu, lahirku ke alam fana tanpa laungan suara Azan memuji kebesaran Nya, Mungkin bapa,ayah, papa sedang

Sambutan boleh asal tidak melibatkan dosa...

Image
.........Boleh kita menyambut Hari Kekasih asalkan tidak terlibat dengan dosa.... Itu petikan yang ambo faham dari seorang ahli politik yang beragama Islam lagi. Kenyataan yang boleh dipertikaikan bagi kita yang betul-betul arif tentang Islam. kenapa kenyataan begini mudah diutarakan tanpa difikirkan kesan terlebih dahulu buat umat Islam walhal kita tahu remaja Islam la ni makin punah, rosak...adakah iktibar tidak diambil bilamana hati umat Islam amat terguris angkara tidak peka sebuah stesen televisyen swasta yang meluluskan ulang siaran satu iklan berkaitan sambutan hari raya tempohari. Mari kita selusuri bagaimana dan bila bermula sambutan hari kekasih (valentine day). (14 Februari) Asal-usul sambutan: Versi 1 Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang berten
“ Kawasan banjir terakhir sangat dalam airnya dan air mengalir dengan sungguh deras sekali. Air juga memasuki kereta, namun kita berjaya sampai ke kawasan tanah kering. Ia sudah 3 pagi pada masa itu,” kata seorang ahli politik yang mengklasifikasikan peristiwa itu tersebut sebagai ‘sangat ngeri’.... Ngeri ke YB bila cuba mengharung air yang tersangat dalam tu, bagi kawe  orang kampung yang saban tahun kena penangan banjir ni bukan bongkak tapi kalau sempat lagi bergambar dan menghantar sms dalam suasana yang amat santai, masih tidak dalam keadaan ngeri dan bagi ancaman lagi buat YB.   Kini selepas sehari Tenang dalam keadaan yang tenang, bermula semalam tidak lagi, Tenang terus bergelora dan banjir makin mengganas, bagi ambo mungkin Allah nak bersihkan segala noda dan kekotoron supaya Tenang kembali tenang dan bersih seperti sebelumnya. Hampir kesemua blog ahli politik yang ambo layari memaparkan masing-masing sedang bergambar bersama mangsa banjir dan mengambil kesempatan menghulu

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan CNY 2011 (30 Jan 11- 10 Feb 11)

Image
Harga Maksimum Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2011 YB. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan harga maksimum borong dan runcit Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2011 di Segamat Johor semalam 23 Januari 2011. Sebanyak 11 jenis barang diwartakan sebagai barang harga terkawal SKHMP TBC 2011. Tempoh kuat kuasa SKHMP TBC 2011 adalah 30 Januari 2011 hingga 10 Februari 2011 (12 hari). Penggunaan tanda harga khas berwarna merah jambu masih diteruskan bagi barang harga terkawal. Harga ayam kekal RM7.20/kg bagi ayam standard runcit di seluruh Semenanjung Malaysia. Senarai harga maksimum tersebut boleh dicapai melalui laman web kementerian bermula hari ini. BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2011 (30 Januari hingga 10 Februari 2011) 1. Ayam Hidup 2. Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan

Sekadar peringatan...

Firman Allah yang bermaksud: ‘ Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dar Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalh lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Al-ankabut ; Ayat 45 Sekadar peringatan : Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat. 1.        Hati cenderung kepada maksiat 2.        Memandang ringan kepada perkara-perkara berdosa 3.        Suka berfoya-foya dan boros 4.        Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh 5.        Hilang keberkatan usia. Balasan kepada orang yang meninggalkan solat. a)       6 azab dunia: -           Dihilangkan keberkatan umurnya -           Terhapus tanda-tanda soleh dari wajahnya. -           Segala amalan tidak dikurnia pahala -           Doa tidak dimakbulkan Allah -           Tiada doa para Solehin kepadanya -

2010...Mu pergi jua..

....Hanya di usia 07 hari 2011, negara telah mengalami pelbagai kejutan luar dugaan. Bagaimana 2010 meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. Kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang buat kali pertama Piala Suzuki AFF dengan mengalahkan musuh tradisi Indonesia walaupun kita saksikan bagaimana pasukan negara diprovokasi oleh pihak lawan samada melalui laporan media yang berat sebelah, penyokong mereka yang terlampau fanatik walau dari rumpun yang sama. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sukan dunia pasukan lawan dibawa ke stadium menggunakan kereta perisai. Harimau Malaya masih mampu menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Kita ditewaskan di gelanggang lawan. Sekalung tahniah buat anak tempatan walaupun rata-rata media Indonesia menyatakan kita mencuri pemain yang berasal dari seberang iaitu Mahali Jusaili juga mengimport S.Kunalan. Kemuncaknya pelbagai insentif ditawarkan buat wira negara dan habuan paling lumayan bola sepak dipertimbangkan untuk tersenari ke Program Road To London 2