Posts

Showing posts from April, 2013
Image
".....Pesta Demokrasi kembali, hampir 10 hari terkedepan kita lah raja, bukan hamba yang momokkan demikian, dipetik dari salah seorang calon yang akan bertanding pada PRU-13 nanti. Pelbagai ragam boleh diperhati, masing-masing bertungkus-lumus untuk menaikkan parti, bila disebut janji ditepati ditukar lagi kepada janji di capati.  Tertarik hamba untuk beranalogi PRU-13 usai membelek tulisan seorang penulis yang hampir semua koleksi tulisan beliau akan hamba perolehi. Kita pengundi jangan menjadi seperti anjing buruan walau tangkas, bijak, ligat, cergas dan setia hanya ikut melulu tanpa ada usul periksa, jadilah punggok yang penuh teliti dan berstrategi dalam melaksanakan apa jua tindakan, fikir baik-buruk dan kesan jangka masa panjang untuk generasi depan. Bukan niat hamba untuk membinatangkan sesama manusia tapi jangan disalah tafsir ini hanya perumpamaan.  Adakah kita mahu mewariskan anak cucu dengan segala yang melalaikan, bukan menolak kemajuan dan kebendaan. "....Kej