Posts

Showing posts from April, 2012

Damailah Engkau Disana

Ibu, damailah engkau disana Tenang wajahmu setenang air di kali Tatkala pergi menyahut seruan Ilahi Benarlah janji yang Esa tidak lewat walau sesaat, waktu itu pasti tiba jua Alunan zikir, kalungan doa hadiah ku harapan mu disana, ibu pasti ku tak lupa Hari terakhir bersama, bagaimana ku sarungkan baju di tubuh lesu mu, bergenang air mata lelakiku Bagaimana engkau tahu gelodak jiwa ku menahan sebak, mampu engkau menenangkan ku Bagaimana harusku meneruskan kehidupan tanpa mu disisi, namun aku redha, Allah lebih menyayangi mu BONDA, Ibu, damailah engkau disana Sempatku menyisir rambutmu, masih segar dalam benak ingatan anak mu, engakau malu, engkau segan menyusahkan anak-anakmu, terlintas difikiran ku betapa mulianya hati seorang ibu, perit jerih engkau membesarkan kami, tapi tidak mahu menyusahkan kami di waktu geringmu Menitis air mata lelaki ku, tatkala mengenang kenangan bersamamu. Kini bersemadilah engkau di sana Akan ku titipkan doa buat mu Bonda, Damailah engkau disana

10 Jamadilawal 1433 (02 April 2012)

Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Sucinya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan obor yang tak pernah padam... Bait-bait lagu ini membuatkan aku menyeka air mata lelakiku Mungkin ini salah satu petanda minatku beralih kepada alunan berbentuk kerohanian dan makin tersentuh bila mendengar berkisar tentang pengorbanan ibu-bapa terhadap anak-anak. Ibu menanggung kesakitan tidak lama, bengkak badan, hilang selera makan, kepenatan, kerap kencing, gatal-gatal badan petanda awal ibu menghidap kegagalan buah pinggang, bagiku ibu seorang yang tabah kerana dalam tempoh bertarung dengan maut itu masih tidak menunjukkan riak-riak kesakitan hinggalah tika 3 hari terakhir ibu terpaksa mengalah dan mengharapkan kakakku memandikannya dan menyapu bedak syampu di kepala. Al-fatihah untuk ibu dan bangga kerana dalam tempoh itu mampu lagi menjaga ayah yang juga uzur walau kadang-kala menjadi baran atas kerenah bapaku, bapaku faham dan menghalalkan kerana orang tua mengerti, itu