Posts

Showing posts from 2012

Hamba Allah itu 2.0...

Image
"...Makanlah nugget tu kakak, dah tiga empat hari kakak sebut nak makan nugget dengan hotdog....."  Ungkapan yang terkeluar dari mulut Puan Siti buat dadaku sebak. Berbaloi dan hilang kepenatan berpusing dari Klang ke Shah Alam mencari lokasi Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia sangat-sangat berbaloi. Mereka menerima kehadiran kami dengan penuh rasa kesyukuran. Besar hati melihat setianya mereka menanti kehadiran rombongan kami , kami disambut bagai VIP, sedangkan sebenarnya bagi kami merekalah VIP kami pada petang itu. Idea untuk mengadakan sambutan hari lahir putera kami Amsyar dan tahlil arwah timbul dari Zaujah ku. cadangan itu ku sambut moga-moga ia menjadi saham kami di akhirat kelak insyaAllah.. Melihat gelagat anak sekecil dua tahun berdikari mencari sendiri kasut untuk dipakai dan beratur menaiki van sungguh menginsafkan aku, selayakknya diusia itu, kamu masih bertenggek atas dokongan ibu, dibelai manja insan bergelar papa. berat dugaan Allah padamu terpaksamu tangg
Image
Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia, Kajang "...Makanlah nugget tu kakak, dah tiga empat hari kakak sebut nak makan nugget dengan hotdog....."  Ungkapan yang terkeluar dari mulut Puan Siti buat dadaku sebak. Berbaloi dan hilang kepenatan berpusing dari Klang ke Shah Alam mencari lokasi Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia sangat-sangat berbaloi. Mereka menerima kehadiran kami dengan penuh rasa kesyukuran. Besar hati melihat setianya mereka menanti kehadiran rombongan kami , kami disambut bagai VIP, sedangkan sebenarnya bagi kami merekalah VIP kami pada petang itu. Idea untuk mengadakan sambutan hari lahir putera kami Amsyar dan tahlil arwah timbul dari Zaujah ku. cadangan itu ku sambut moga-moga ia menjadi saham kami di akhirat kelak insyaAllah..   Melihat gelagat anak sekecil dua tahun berdikari mencari sendiri kasut untuk dipakai dan beratur menaiki van sungguh menginsafkan aku, selayakknya diusia itu, kamu masih bertenggek atas dokongan ibu, dibelai manja insan bergelar pap
Image
AMSYAR BIN SUHADI Amsyar sudah dapat jalan, walau lima langkah, ungkapan terucap dari mulut zaujah buat aku lebih teruja dan rindu untuk bersama putera sulung ku ini, AMSYAR..Menjadi rutin selepas solat Maghrib dan berbuka puasa,juga selepas menghabiskan selembar-dua helaian furqan hadiah buat arwah ibu, terus dicapai Nokia E71 usang ku tetapi banyak berjasa padaku. Rindu terubat langsung 3G melalui E71. Tidak terkata melihat keletah putera ku ini. Tidak sabar hendak ketemu mu. Melihat telatah dan karenah mu cukup sebagai pengubat dan menghilang tekanan seharian di tempat kerja. Amsyar agak berat berbanding rakan seangkatan,yang rata-rata sudah mula boleh bertatih, jika dahulu sebulan boleh dikira ulang ke Melaka, tapi kini pemandu itu Transnasional sama Maraliner mula mengenali susuk tubuh aku, tanpa perlu memberitahu, senyum pemandu boleh ku agak riaknya. Mungkin ini penangan berjauhan dari keluarga. Kepada sahabat yang berpeluang hidup bersama keluarga dan menonton besar
ADA AKU ADA IBU Ada yang panggil Ibu Ada yang kata Mama Juga yang bilang Umi Jangan sembarangan gelar Bonda Selesa juga panggilan Mek Madah dan padah yang pelbagai Tapi tubuh itu hanya satu Dijanjikan Allah syurga di telapak kaki mu Akhirnya terbungkam rahsia, betapa aku merinduiMu Tiada galang ganti, walau segunung intan Hanya Al-fatihah hadiahku untuk Mu Menghitung hari depan tanpa Mu, kosong hidup di rasa Semakin cuba ku lupa, semakin ingat pada Mu Wajah tua mu terus melingkari Masih ingat cubitan dipaha masih terasa Hanya itu senjata mu menangkis kenakalan zaman remajaku Tatkala kapan menutupi wajahmu, Alhamdulillah sempurna sudah tanggungjawab kami anak-anakmu Walau Mu habis bukan bersamaku Hanya Al-fatihah hadiahku untuk Mu Ibu… Tenanglah engkau disana.. -WSLM- Gulakapas
Image
  Agak lama  mengikuti perkembangan Red Warriors dari jauh, seingat aku musim 2012 hanya sekali bertandang ke stadium, itupun di Kuala Terengganu. Walau pasukan sama sebagai terajunya tapi aura dan semangatnya tetap tidak sama seperti berkunjung ke SSM(IV). Disitulah titik permulaan kebangkitan The Red Warriors, dari pasukan belasahan hingga menjadi kegerunan pasukan lawan. Dulu amat risau bila Kelantan bertandang ke Shah Alam, Seremban, Alor Setar, Kuala Terengganu, tapi kini tidak lagi. Maka tidak hairan dek kerana transformasi bolasepak yang diperkenalkan olen TSAM. Kelantan menjadi antara penyumbang terbesar kepada kantung FAM dari segi kutipan tiket perlawanan. Juga tabik spring wajar diberikan kepada TSAM atas kejayaan mendapatkan penajaan kepada pasukan. Walau diselimuti kontroversi demi kontroversi dari peel kebudak-budakan pegawai FAM, TSAM usah risau puluhan ribu tetap di belakang anda kan terus menyokong pembaharuan yang dibawa TSAM. Nostalgia berkunjung ke SSM (I

Damailah Engkau Disana

Ibu, damailah engkau disana Tenang wajahmu setenang air di kali Tatkala pergi menyahut seruan Ilahi Benarlah janji yang Esa tidak lewat walau sesaat, waktu itu pasti tiba jua Alunan zikir, kalungan doa hadiah ku harapan mu disana, ibu pasti ku tak lupa Hari terakhir bersama, bagaimana ku sarungkan baju di tubuh lesu mu, bergenang air mata lelakiku Bagaimana engkau tahu gelodak jiwa ku menahan sebak, mampu engkau menenangkan ku Bagaimana harusku meneruskan kehidupan tanpa mu disisi, namun aku redha, Allah lebih menyayangi mu BONDA, Ibu, damailah engkau disana Sempatku menyisir rambutmu, masih segar dalam benak ingatan anak mu, engakau malu, engkau segan menyusahkan anak-anakmu, terlintas difikiran ku betapa mulianya hati seorang ibu, perit jerih engkau membesarkan kami, tapi tidak mahu menyusahkan kami di waktu geringmu Menitis air mata lelaki ku, tatkala mengenang kenangan bersamamu. Kini bersemadilah engkau di sana Akan ku titipkan doa buat mu Bonda, Damailah engkau disana

10 Jamadilawal 1433 (02 April 2012)

Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Sucinya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan obor yang tak pernah padam... Bait-bait lagu ini membuatkan aku menyeka air mata lelakiku Mungkin ini salah satu petanda minatku beralih kepada alunan berbentuk kerohanian dan makin tersentuh bila mendengar berkisar tentang pengorbanan ibu-bapa terhadap anak-anak. Ibu menanggung kesakitan tidak lama, bengkak badan, hilang selera makan, kepenatan, kerap kencing, gatal-gatal badan petanda awal ibu menghidap kegagalan buah pinggang, bagiku ibu seorang yang tabah kerana dalam tempoh bertarung dengan maut itu masih tidak menunjukkan riak-riak kesakitan hinggalah tika 3 hari terakhir ibu terpaksa mengalah dan mengharapkan kakakku memandikannya dan menyapu bedak syampu di kepala. Al-fatihah untuk ibu dan bangga kerana dalam tempoh itu mampu lagi menjaga ayah yang juga uzur walau kadang-kala menjadi baran atas kerenah bapaku, bapaku faham dan menghalalkan kerana orang tua mengerti, itu