Posts

Showing posts from May, 2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Ketenangan akan hadir bila kita jadikan musuh sebagai kawan, tiada dendam bila dikhianati, bersangka baik pada pendengki, redha pada janji yang tidak ditepati, hutang tertangguh dihitung bukan rezeki..." -WSLM-
DIA DATANG LAGI Walau tidak diundang kamu tetap mendatangi Yang ditepati atau dicapati Samada untuk ditangisi atau untuk disambut rai Hanya satu yang boleh memikat hati, menjadi wakil menterjemah janji-janji Bagi yang kecundang jangan diratapi, mungkin ini bukan kehendak Ilahi, cuba lagi jangan pula berpindah parti Bagi sang juara jangan galak melompat, merai, ingat tanggungjawab dibahu kanan dan kiri, janji perlu ditepati, kerana ramai mata yang akan memerhati Penilaian Allah lebih-lebih lagi Dia datang lagi, 5 tahun sekali Kini boleh tengok Datuk Seri minum di kedai kopi, lepak dan chill sampai dinihari. Keluar terbit matahari hingga terbenam kembali, belum tentu balik ke sarang lagi Untuk seketika ini tinggalkan dahulu anak dan isteri Ronda kawasan tiada henti-henti, seolah-olah esok sudah tiada lagi Dulu lorong, kampung sepi kini tiada sunyi lagi, semua jentera dikerahi. Wanita, muslimah , puteri tidak lupa srikandi, korbankan sekejap nafkah terhadap suami Selayaknya calon