Posts

Showing posts from March, 2011

Tahniah YB

2-0, kemenangan yang diboleh dikatakan selesa jika ukuran tersebut perlawanan bolasepak yang melibatkan 2 pasukan yang bertanding. Kemenangan yang menunjukkan penanda aras penerimaan dan kembalinya sokongan majoriti pengundi bumiputera melayu kepada Parti Barisan Nasional. Keputusan ini juga mungkin akan mempengaruhi mood   Y.A.B Tok Jib untuk membuat kejutan bukan ala ‘ April Fool ‘ kepada rakyat untuk membubarkan parlimen dan mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tarikh pilihanraya umum ke 13 akan diadakan. Dalil dan petunjuk makin jelas usai SPR mengumumkan selepas Mac 2011 jika masih ada dikalangan YB yang   pendek usia dan dicabut nyawa oleh Izrail, kerusi akan di biarkan kosong tanpa ada PRK. Ambo sokong itu YBhg Pengerusi SPR kerana jika PRK diadakan akan melibatkan kos yang tinggi dan peruntukan tersebut bolehlah disalurkan untuk membantu golongan-golongan yang selayaknya untuk ditolong. Perkara utama   yang ambo sangat runsingkan setiap kali PRK
Image
…..BERDOSAKAH AKU IBU…. Masih ku ingat ibu, tatkala berderum ngauman jentera itu Masih ku ingat bonda, tanggal dan detik itu Harap ku panas hingga ke petang, rupanya gerimis jua yang membasahi bumi Bukan nikmat padaku, tidak juga tuah tercampak pada diriku… Detik itu ibu, saat itu bonda, tangga1   01 Januari…..sambutan yang dinanti oleh mu bersama teman-teman mu, mungkin dia, mungkin juga yang berkaca mata itu menjadi bapaku.. Saat itu tiba jua, engkau hanyut ibu dalam pelukan lelaki jongos itu, puas bersamanya mu khayal didalam rangkulan mungkin ayahku, tidak mungkin itulah bapaku. Malam itu ibu…bermula sebuah kisah duka engkau ditiduri,engkau ditelanjangi, engkau leka dalam khyalan bukan satu,dua, tiga mahupun empat entah tidak terhitung… Kehadiran ku dalam rahim mu tidak ditagih, tidak jua didamba, namun bonda, Allah jua maha berkuasa, aku mampu bertahan .… Tanggal dan   detik   itu, lahirku ke alam fana tanpa laungan suara Azan memuji kebesaran Nya, Mungkin bapa,ayah, papa sedang