Posts

Showing posts from 2018
Assalamualaikum & Sejahtera Terima kasih atas doa Menghargai setiap ucapan 39 angka peringatan untuk kembali  kepada fitrah kehidupan Menghargai setiap ucapan dan harapan Sebagai ingatan, kerna ramai sudah rakan taulan yang kembali menghadap tuhan, kita dan kamu juga sama cuma tiada tahu hari dan bulan 39 apakah cukup amalan Menemui Mu Ya Allah untuk aku jadikan bekalan Ampuni aku yang sentiasa dalam kelalaian Leka dalam setiap dugaan Harapan moga tidak tinggal harapan Terus berharap sehingga hari perhitungan Semoga terus diberi nikmat kesihatan Sebagai khalifah meneruskan kehidupan, agar tidak tersasar dari landasan InsyaAllah ..Terima kasih sekali lagi atas titipan doa dan ucapan... Kalau ada ambe berhutang yang tertangguh minta saing2 maklumkan deh...setakat ni PTPTN, Angkasa, LPPSA hok tentu.. Meezan DE ,  Mohammad Sofeanudden ,  Ismar Faizal Ishak  x dok kot yop, hang 3 org aku mula2 kenai dkt UNIMAS.. 🙂 -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Berlaku jujurlah persis manggis tidak pernah menipu walaupun rupa yang tidak molek, hindarlah hidup umpama syiling dihadapan lain belakangya berbeza, berwataklah seumpama cermin agar tidak ditindas, dipijak uli..." -WSLM- Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Hidayah itu perlu dicari dan diburu bukan diberi atau dikehendaki olehNya. Hidayah itu hanya untuk hambaNya yang menghendaki..." -WSLM-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera "...Ketenangan akan hadir bila kita jadikan musuh sebagai kawan, tiada dendam bila dikhianati, bersangka baik pada pendengki, redha pada janji yang tidak ditepati, hutang tertangguh dihitung bukan rezeki..." -WSLM-
DIA DATANG LAGI Walau tidak diundang kamu tetap mendatangi Yang ditepati atau dicapati Samada untuk ditangisi atau untuk disambut rai Hanya satu yang boleh memikat hati, menjadi wakil menterjemah janji-janji Bagi yang kecundang jangan diratapi, mungkin ini bukan kehendak Ilahi, cuba lagi jangan pula berpindah parti Bagi sang juara jangan galak melompat, merai, ingat tanggungjawab dibahu kanan dan kiri, janji perlu ditepati, kerana ramai mata yang akan memerhati Penilaian Allah lebih-lebih lagi Dia datang lagi, 5 tahun sekali Kini boleh tengok Datuk Seri minum di kedai kopi, lepak dan chill sampai dinihari. Keluar terbit matahari hingga terbenam kembali, belum tentu balik ke sarang lagi Untuk seketika ini tinggalkan dahulu anak dan isteri Ronda kawasan tiada henti-henti, seolah-olah esok sudah tiada lagi Dulu lorong, kampung sepi kini tiada sunyi lagi, semua jentera dikerahi. Wanita, muslimah , puteri tidak lupa srikandi, korbankan sekejap nafkah terhadap suami Selayaknya calon