Posts

Showing posts from January, 2011

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan CNY 2011 (30 Jan 11- 10 Feb 11)

Image
Harga Maksimum Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2011 YB. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan harga maksimum borong dan runcit Skim Kawalan Harga Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2011 di Segamat Johor semalam 23 Januari 2011. Sebanyak 11 jenis barang diwartakan sebagai barang harga terkawal SKHMP TBC 2011. Tempoh kuat kuasa SKHMP TBC 2011 adalah 30 Januari 2011 hingga 10 Februari 2011 (12 hari). Penggunaan tanda harga khas berwarna merah jambu masih diteruskan bagi barang harga terkawal. Harga ayam kekal RM7.20/kg bagi ayam standard runcit di seluruh Semenanjung Malaysia. Senarai harga maksimum tersebut boleh dicapai melalui laman web kementerian bermula hari ini. BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2011 (30 Januari hingga 10 Februari 2011) 1. Ayam Hidup 2. Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan

Sekadar peringatan...

Firman Allah yang bermaksud: ‘ Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dar Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalh lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Al-ankabut ; Ayat 45 Sekadar peringatan : Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat. 1.        Hati cenderung kepada maksiat 2.        Memandang ringan kepada perkara-perkara berdosa 3.        Suka berfoya-foya dan boros 4.        Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh 5.        Hilang keberkatan usia. Balasan kepada orang yang meninggalkan solat. a)       6 azab dunia: -           Dihilangkan keberkatan umurnya -           Terhapus tanda-tanda soleh dari wajahnya. -           Segala amalan tidak dikurnia pahala -           Doa tidak dimakbulkan Allah -           Tiada doa para Solehin kepadanya -

2010...Mu pergi jua..

....Hanya di usia 07 hari 2011, negara telah mengalami pelbagai kejutan luar dugaan. Bagaimana 2010 meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. Kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang buat kali pertama Piala Suzuki AFF dengan mengalahkan musuh tradisi Indonesia walaupun kita saksikan bagaimana pasukan negara diprovokasi oleh pihak lawan samada melalui laporan media yang berat sebelah, penyokong mereka yang terlampau fanatik walau dari rumpun yang sama. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sukan dunia pasukan lawan dibawa ke stadium menggunakan kereta perisai. Harimau Malaya masih mampu menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Kita ditewaskan di gelanggang lawan. Sekalung tahniah buat anak tempatan walaupun rata-rata media Indonesia menyatakan kita mencuri pemain yang berasal dari seberang iaitu Mahali Jusaili juga mengimport S.Kunalan. Kemuncaknya pelbagai insentif ditawarkan buat wira negara dan habuan paling lumayan bola sepak dipertimbangkan untuk tersenari ke Program Road To London 2