Agak lama  mengikuti perkembangan Red Warriors dari jauh, seingat aku musim 2012 hanya sekali bertandang ke stadium, itupun di Kuala Terengganu. Walau pasukan sama sebagai terajunya tapi aura dan semangatnya tetap tidak sama seperti berkunjung ke SSM(IV). Disitulah titik permulaan kebangkitan The Red Warriors, dari pasukan belasahan hingga menjadi kegerunan pasukan lawan. Dulu amat risau bila Kelantan bertandang ke Shah Alam, Seremban, Alor Setar, Kuala Terengganu, tapi kini tidak lagi. Maka tidak hairan dek kerana transformasi bolasepak yang diperkenalkan olen TSAM. Kelantan menjadi antara penyumbang terbesar kepada kantung FAM dari segi kutipan tiket perlawanan. Juga tabik spring wajar diberikan kepada TSAM atas kejayaan mendapatkan penajaan kepada pasukan. Walau diselimuti kontroversi demi kontroversi dari peel kebudak-budakan pegawai FAM, TSAM usah risau puluhan ribu tetap di belakang anda kan terus menyokong pembaharuan yang dibawa TSAM.
Nostalgia berkunjung ke SSM (IV), fanatiknya penyokong Kelantan bilamana tersilap memakai jersi yang berlainan dengan pasukan tuan rumah akan diherdik dan dicemuh penonton fanatik, lebih-lebih lagi di score board, ngeri bila pernah aku dilontar air hanya kerana memakai  jersi kuning yang kebetulan sama dengan jersi Perlis yang dipakai pada perlawanan tersebut. pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Lihat pula gelagat si penjual air yang mundar-mandir tanpa penat lelah. satu pusingan stadium tersebut bakul yang tadinya penuh pasti akan kosong laris dibeli oleh penonton. tidak pasti ianya untuk tujuan minum ataun dilontar ke padang bila Indra, Norfarhan, Daudsu, Pia, gagal memenuhi kehendak permainan yang dimahukan penonton. Ingat sikit mereka bukan Bekcham, juga Ronaldo dan Christiano Ronaldo. Tertarik juga bila terpandang tarian yang dibawa seorang penjaja air tatkala gendang dipalu, air kemana tarian je yang lebih, tapi tidak mengapa kepuasan lebih penting. Simpati pada pasukan keselamatan yang saban perlawanan terus diherdik dan di maki oleh penonton, mungkin luka dan ingatan penonton masih kuat pada insiden yang berlaku beberapa musim lepas, tapi tidak wajar pasukan keselamatan terus dihina dan diprovokasi sebegitu rupa. ingat pesan ini "main biya panda, soko bia bijok".... Di satu sudut terpandang saudara yang cedera terkena kelonsong peluru yang dilepaskan polis katanya, bersemangat lagi bila boleh dikatakan setiap perlawanan aku akan terserempak saudara tersebut di tepi pagar bucu goltuan  rumah. tempat yang menjadi kebiasaan dan agak selesa pemandangan. Masih bersemangat getusku dalam hati walau ngeri juga bila terpandang dia menanggal dan membersihkan biji mata palsunya itu.
Bagi penonton yang berniat membawa gewe untuk sama-sama, saya harap lupakan sahaja, stigma penyokong Kelantan masih tidak dapat menerima awek-awek ini masuk kedalam stadium walau tidak semua. Jika dipusing satu stadium, saya berbakul bakul ejekan terpaksa dibawa balik pasangan itu.
Tanggal 19 Mei 2012, penentu siapakah yang berhak kepada trofi yang kali pertama diperkenalkan dan pasukan mana yang akan terpahat namaya di piala tersebut akan terjawab. Tiket sudah ditempah, tapi kenapa konvo UiTM Dungun diadakan besok....arrghhhhhh melepas lagi. Walau apapun ku panjatkan doa agar pasukan Kelantan menjadi juara bagi edisi 2012 mengalahkan SIME DARBY FC. Jadikan sukan sebagai satu ibadah...

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...