Terima Kasih Cikgu....



(Penilaian Menengah Rendah 1995)........"Tengok lah line clear dok"... aku bersama rakan team 6 jahanam yang digelarkan di sekolah ku. Jahat sangatkah kami hingga digelar 6 jahanam. meh sini aku nak cerita..Pok Bu, Eri, aku, Imli, Buhe, Serol Jabar...ni team aku pada pagi tu, hisap rokok dalam kelas perkara biasa, dalam tandas rutin harian, Jeram Lubuk Lesung, jam 10.00 pagi tamat waktu sekolah..
Cikgu Johari, Cikgu Azmi, Cikgu Adnan masa tu kami anggap musuh...Seluar GQ seandainya dipakai sekarang tak tergamak agak-agaknya. Tapi ikut trend waktu tu, songkok yang dipakai di conteng dengan pelbagai corak...Setiap kali mulakan kelas pasti ustaz, ustazah, cikgu akan menyebut keenam-enam nama diatas tadi, kalau tiada seorang, lima orang lagi akan tiada..Syamsul Maarif yang menjadi kenangan terindah.
Pernah rakan karib Mahussin ditahan polis kerana ponteng dan ditahan polis. Setelah dibebaskan pakat gelak beramai-ramai. Bagi kami pada waktu itu tidak terlintas keredaan guru adalah segalanya...Ilmu tanpa keredaan muallim akan sia-sia..Kedai Mok Wan menjadi port kami pada waktu itu.
Cukup jeput Ma'las dan air jeruk pauh disamping melayan anak nya yang OKU. Kini semua tinggal kenangan. Kerana kami sukar untuk dikawal lagi  akhirnya dapat merasa lah aku dan Imli (kawan sehidup-semati) dari Kelas A di pindahkan hingga ke Kelas tercorot..Pengajaran untuk aku dan Imli pada waktu tersebut. Insaf cuma seketika, dijangkakan kami akan berubah tersasar kami dipindahkan balik ke kelas asal selepas sebulan di kelas tersebut. Rutin kami tetap teruskan seperti biasa. jam 10.00 pagi sahaja loceng rehat berbunyi, pelajar lain berderu ke kantin tetapi aku dan ahli pasukan berkira-kira untuk melompat pagar, istilah ponteng pada waktu itu. Zailan, Kamal, Fuad dan beberapa teman lagi menunggu giliran memancung rokok yang sebatang dikongsi lima selepas berjaya meloloskan diri dari pagar sekolah.
-Bersambung-

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...