Naik Yang Tak Turun..?


Naik lagi naik lagi..
Hari ini harganya naik lagi
Aku sokong janji ini ditepati
Naik yang ini amat dinanti-nanti

Malang menimpa buat si lelaki
Wanita juga ada aku dok perati
Bertambah sikit bebanan hari-hari
Dulu 10.20 tetapi 10.50 kini
Ada juga cecah 10.90 sekotak wei aku baca tadi

Naik Yang Turun-Turun
Buat si laki yang tak faham-faham
Tetap disedut lepas sebatang-sebatang
Bini merungut terus paling belakang
Buat tak tahu- buat tak tahu

Hari-hari kerajaan dok kempen
Jangan merokok bahaya diri
Hari ini harga naik lagi
Tetap sama jah orang masih beli

Fatwa keluar haram dah kamu tetap beli
Dipandang sepi orang bawah sampailah menteri
Aku tak tipu aku tengok sendiri

Harga Rokok naik lagi

Buat kamu perokok susah hati
Tapi bini berbunga di hati
Dapat jimat kalau suami berhenti

Nanti-nanti dan terus menanti
Selepas ini apa yang nak naik lagi
Kena faham sebab nak stabilkan negeri itu kata pak menteri
Aku pun tergelak seorang diri
Memandang hujan yang turun tak henti-henti

-WSLM-
Gula Kapas



Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...