"SOLIDARITI UNTUK MESIR"

Bumi Anbiya itu bergolak lagi, adakah ini balasan dari Ilahi
atau percaturan balaci yang gilakan kuasa duniawi
Tanpa sedar Kuasa Mutlak adalah milik Ilahi

Bumi Anbiya itu berdarah lagi, darah syahid dan syahidah membasahi
Bumi suci dicemari dengan pergolakan sesama muslim, seakidah, sekiblat dan bertuhankan yang Esa
Ada segolongan tertawa memerhati, cuci tangan dan cuci kaki, hanya cukup dengan melobi, kenapa bumi itu terus dinodai, didengki dan diirihati

Adakah kerna manusia tahfiz yang bernama Morsi, Islam tidak mahu tertegak lagi,
Tapi aku dan kamu harus mengerti bagaimana janji Ilahi itu tidak sesekali akan dimungkiri
malahan tidak akan dikhianiati. Ingatlah para Syuhadah mati mu bersih, mati mu jihad, aku rindu kearah itu.

Ada segolongan tertawa memerhati, yang memandang dengan sinis dan buta hati dipekakkan telinga, masih galak rumah terbuka dihadiri, walau saudara seagama terus dizalimi. Aidilfitri mu disambut dengan peluh dan darah di dahi, sebati menjadi saksi kezaliman rejim Taghut dipimpin Al-Sisi..

Aku dan kamu perlu hairan kenapa dan mengapa manusia itu masih disini menjadi sanjungan dan dihormati, adakah ini pejuang demokrasi..Bukan Al-Sisi adalah proksi Yahudi..

Dari bumi aman dan tenteram? hanya memerhati dan mampu bersolidariti untukmu Mesir..

"...Ya Allah Engkau selamatkan saudara seagamaku, saudara seakidahku Ya Allah, Engkau campakkan ketabahan pada hati mereka Ya Allah, Engkau berkatilah perjuangan mereka Ya Allah, InsyaAllah dengan izinMu agama Mu akan tertega

k jua Ya Allah.."

Ameen Ya Rabbal Alamin..

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...