"..Ahli Mesyuarat Tingkap..."

Pelbagai pendapat disuarakan 
Usai majlis pembentangan
Oleh Memanda Menteri
Sukanya sekelian YB bergelar  
Pak Menteri sekelian lama mengikat perut
khidmat diberi tanpa minta dijunjung julang..

Insentif diberi pelbagai
tapi hujungnya mesti 1M 
Bersyukur lah rakyat kita diajar
Jangan bantuan jalan sekerat
Dibalun dipertengahan oleh golongan keparat

Rasionalisasi subsidi dikenali
Bagi kami harga naik lagi
bila turunnya aku pun tak pasti
Yang pasti naik lagi naik lagi kita rakyat disuruh redi

Negara maju katanya
Masih murah katanya berbanding jiran kita
Dengar boleh jangan dipercaya

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...