AUDIT ILAHI

Gusar dihati audit datang kembali
Persediaan berhari-hari sementara menanti
Apa terkurang ditambah ganti 
Bukan lamapun satu kedua hari

Apa terkurang ditambah ganti
Awal tahun pasti akan kemari
audit perjawatan menjenguk kami
Mana yang yang kurang tak dapat diselamatkan lagi
Ditambahbaik dan ditokok ganti
agar jabatan memacu pergi

Kecut perut gusar dihati
Audit datang kembali
Terfikir sejenak apalah yang nak disoal nanti
Fail dokumen disediakan berlori-lori
Untuk rujukan audit pada pagi tadi

Ini tak lengkap itu boleh diperbaiki lagi
Komen auditor yang baik hati
Dalam hati bilalah nak habis sesi ini
Perut memulas belum sarapan lagi

Akan diperbaiki itulah janji kami
Kepada Auditee lega dihati

Terfikir sejenak didalam sanubari
Audit manusia pun dah kecut bukan lagi AUDIT ILAHI
Sekarang boleh mulut belum berkunci
Di sana nanti bercakap hanya tangan kaki

Audit manusia pun dah kecut bukan lagi Audit Ilahi
Semua dibentang tak boleh berhelah lagi
Malaikat berada di kanan dan kiri
Tiada peluang untuk kembali

Audit manusia boleh senyum lagi
Macamana pula dengan Audit Ilahi
Neraca timbangan bukan dikira timbang kati
Ikut amalan empunya diri

Peringatan semua jua buat diri aku ini
Audit Ilahi yang perlu dicari
Berbuat baik semasa peluang diberi
Bila nafas dihalkum pintu taubat terkunci
Tiada guna pangkat atau darjat yang diberi

Ingatan untuk diri sendiri
Audit Ilahi, Audit Ilahi

Gulakapas
-WSLM-

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...