SENSITIFNYA KITA UMAT ISLAM..

Melenting amarah bila kalimah Allah dakwa dihina
Cuba diguna penganut lain agama, ekslusif untuk Islam sahaja katanya
puas berdemontrasi, memorandum, mula timbul pelbagai andaian
Sensitifnya kita bila karikatur junjungan dieksploitasi, dimuat turun
Terasanya kita bila lambang salib kebanggaan penganut kristian diletakkan di tengah-tengah
komuniti melayu Islam katanya
Terlompat kita bila azan diperlekeh, puasa sahur jadi bahan gurauan
Meletup kita bila alunan bacaan didakwa cuba disekat disesetengah kawasan
Azan disuruhnya perlahan, menggangu jiran-jiran

Marah, melenting, sensitif, terasa, terlompat , meletup bila semua perkara itu berlaku kononnya
Tetapi tidakkah kita malu sebagai orang Islam berapa saf kah jemaah masjid surau yang memenuhi selepas iqamah dialunkan bilal
Tidak guna laungan azan segenap pelosok tapi seruan itu disambut segelintir mukmin yang betul-betul kuat dan hebat di dalam golong keparat
Sensitifnya kita bila kalimah Allah ingin dikongsi, tetapi tidakkah kita malu betapa ramai yang golongan muda
Mykad tertera Islam agamanya mengatakan rukun Islam enam, rukun Iman lima

Melenting, marah bila Islam dihina
Tetapi berapa ramai tangkapan oleh pihak berkuasa berkaitan dadah, rompak, samun, rogol, bukan orang lain tetapi Muhammad nama dihadapannya
Judi usah cerita, 4D, magnum, TOTO tidak pelik  mendengar ungkapan Assalamualaikum di dalam premis, orang apakah kalau bukan orang Islam
Sensitif bila Islam dihina, tetapi rasuah, pecah amanah tetap dirangking tertinggi juga

Merokok telah difatwakan haram, bukan semalam tetapi bertahun-tahun sudah
Di pandang sepi dari golongan atasan hingga ke pelajar sekolah
Tidak pelik Ramadhan bakal menjelang plastik hitam laris didalamnya ada bungkusan
Beli dimana bukan kedai Aminah, Pak Hassan tetapi dikedai Ah Leng, Ah Sang
Inilah padahnya Syariat ditingggal Syiar lebih diutama
Perlu seiiring kedua-dua

Moga keberkatan bumi Malaysia terus terpelihara
InsyaAllah
-WSLM-

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...