Cermin Sisi...
Bertamu di rumah Allah
Sesekali memerhati
Terdetik di dalam hati 
Sibuk sangatkah mengalahkan si menteri
Selesai sahaja salam diberi
Muka dipaling kanan dan kiri
Mencangkung dan terus berdiri
Paling belakang dan terus berlalu pergi
Bertamu di rumah Allah
Wiridlah sejenak walau di dalam hati
Sebagai tanda Tuan rumah
dihormati
Seandainya dizahirkan ganjaran yang diberi
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' pasti rumah Mu dipenuhi...
Sekadar muhasabah diri..
-WSLM-

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...