DIA DATANG LAGI
Walau tidak diundang kamu tetap mendatangi
Yang ditepati atau dicapati
Samada untuk ditangisi atau untuk disambut rai
Hanya satu yang boleh memikat hati, menjadi wakil menterjemah janji-janji
Bagi yang kecundang jangan diratapi, mungkin ini bukan kehendak Ilahi, cuba lagi jangan pula berpindah parti
Bagi sang juara jangan galak melompat, merai, ingat tanggungjawab dibahu kanan dan kiri, janji perlu ditepati, kerana ramai mata yang akan memerhati
Penilaian Allah lebih-lebih lagi
Dia datang lagi, 5 tahun sekali
Kini boleh tengok Datuk Seri minum di kedai kopi, lepak dan chill sampai dinihari. Keluar terbit matahari hingga terbenam kembali, belum tentu balik ke sarang lagi
Untuk seketika ini tinggalkan dahulu anak dan isteri
Ronda kawasan tiada henti-henti, seolah-olah esok sudah tiada lagi
Dulu lorong, kampung sepi kini tiada sunyi lagi, semua jentera dikerahi.
Wanita, muslimah , puteri tidak lupa srikandi, korbankan sekejap nafkah terhadap suami
Selayaknya calon kami ini wira sejati yang perlu diundi. Tapi ingat yang pangkahnya KAMI.
Limpahan janji terus ditaburi, tidak terkecuali caci-maki, sebagai rempah penyedap resepi.
Hinnga bergaduh suami-isteri, tapi sedar tak sedar dapat anak seorang lagi.
Ingat lah wahai penjanji, lagakmu, patahmu akan dihitung oleh Ilahi..
Mari lah mari pergi mengundi tunaikan kewajipan pada negara..
#PRU 14
Machang
Pulai Chondong
-WSLM-

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...