Ulangan Final 2009 (Kelantan Lawan Negeri Sembilan)

....Sekali lagi buku akan bertemu ruas, adakah sang kijang berjaya menongkah arus atau adakah si rusa berjaya melompat megah..keputusan 30 Okt ini bukan hanya pada 22 pemain yang beraksi diatas padang tetapi kepada pemain ke-23 dan ke-24 setiap pasukan. Tumpuan tidak hanya berfokuskan kepada keputusan perlawanan tetapi kepada tahap disiplin dan komitmen yang akan ditunjukkan oleh penyokong fanatik kedua-dua pasukan. Tumpuan mesti lebih terarah kepada penyokong pasukan Kelantan yang dilihat lebih mendominasi dan dianggap holigan oleh sesetengah pemerhati sukan tanah air. Setiap tingkah laku penyokong Kelantan akan sentiasa dipantau terus dijadikan isu dimuka depan media utama negara. Bukan untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak. Realiti kita dapat lihat bagaimana situasi yang berlaku semasa perlawanan antara Kedah dan Kelantan tempohari. Tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini jika kerjasama yang erat antara pihak atasan persatuan, kelab penyokong di jaga.  Datang sendiri saksikan kegilaan dan kemeriahan di Stadium keramat kami SMK4 jangan hanya berkokok dari jauh. Ingat masyarakat Kelantan bukan seperti yang didakwa walaupun tidak dinafikan ada segelintir yang masih berperangai dangkal dan pencetus masalah.
....Kepada penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan ingatlah bahawa bersukan adalah amalan yang diharuskan dalam Islam dalam usaha untuk melahirkan umat yang sihat fizikal serta mentalnya. Sabda Nabi Muhammad SAW : " Belajarlah memanah dan menunggang kuda" (riwayat Muslim). Jadikan insiden final 2009 dan pertemuan menentang Selangor satu pengajaran dan sempadan dalam lipatan sejarah perjalanan sukan negara. Belajarlah menerima hakikat kekalahan, setiap pasukan yang bertanding inginkan kemenangan, tetapi realiti pertandingan hanya 1 pasukan akan bergelar sang juara dan yang kalah bukan bererti penamat segala perjuangan. Jadikanlah sukan sebagai satu ibadat dan jangan kita mengembalikan pahala percuma dari Allah kepada balasan dosa angkara perbuatan kita sendiri.
Ingatlah bahawa sukan merupakan platform penyatuan dan merapatlkan hubungan antara sesama insan bukannya membawa kepada perpecahan dan pergaduhan antara penonton.
...Mengikut situasi sekarang adakah wajar stadium kita mengikut spesifikasi Wembley, Stadium Emirates London, fikirkanlah...

Sokong biar Bijak
Jange tunjuk Manggok
Anok Kelate buke jenis Bongkak
Sare Tebuan jange cuba Jolok..  

-WSLM-
Gula Kapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...