'Martabatkah bahasa melayu di bumi Malaysia'

....Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah menjamin bahawa kedudukan bahasa dan hak orang melayu terjamin dibawah perkara 152 perlembagaan Malaysia. Telah terpateri kemas tanpa boleh digugat oleh mana-mana pihak walaupun akhir-akhir ini ada saja suara-suara sumbang yang semakin berani cuba untuk mempertikaikan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan tersebut. Pimpinan terdahulu telah mengambil kira dari pelbagai sudut supaya tiada pihak yang akan rasa tertindas dan hak masing-masing tidak tergugat. Dewasa ini kita lebih bangga untuk menuturkan bahasa asing dari menuturkan bahasa kebangsaan kita sendiri, jika ini tidak dibendung tidak mustahil hasrat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan tidak sampai kemana umpama mencurah air ke daun keladi sahaja.
...Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan perlu mendapat sokongan dan dokongan konstitutional pihak kerajaan dan swasta, apakah tidak boleh atau janggal jika kita mengendalikan mesyuarat, urusan jabatan, dokumentasi dalam bahasa kebangsaan, apakah tidak boleh jika syarat utama pengambilan dilonggarkan kerana kini majikan terutama pihak swasta lebih mengutamakan pengambilan kakitangan berdasarkan kebolehan berbahasa walaupun seseorang calon itu lebih berpengalaman.
..... Malaysia sebuah negara yang mengamalkan pendekatan tolerensi dan demokratik serta menghargai kedudukan dan kewujudan bangsa dan bahasa-bahasa lain di negara ini. Kita tidak perlu mengikut rencah Thailand untuk untuk mendemorasikan rakyatnya dengan merangka perlembagaan yang mewajibkan setiap warganegara beridentitikan nama Thai, berbahasa Thai dan bersekolah Thai contoh (Ibrahim kepada Beroheng, Kadir kepada Qader) etc...sehingga kan pengajian bahasa melayu di pusat pengajian tinggi juga perlu diajar menggunakan bahasa Thai, apakah kita mahu begitu?..
Martabatkanlah bahasa kebangsaan kita...

-WSLM-
Gula kapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...