Sekadar peringatan...

Firman Allah yang bermaksud: ‘ Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dar Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalh lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Al-ankabut ; Ayat 45
Sekadar peringatan :
Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1.       Hati cenderung kepada maksiat
2.       Memandang ringan kepada perkara-perkara berdosa
3.       Suka berfoya-foya dan boros
4.       Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh
5.       Hilang keberkatan usia.
Balasan kepada orang yang meninggalkan solat.
a)      6 azab dunia:
-          Dihilangkan keberkatan umurnya
-          Terhapus tanda-tanda soleh dari wajahnya.
-          Segala amalan tidak dikurnia pahala
-          Doa tidak dimakbulkan Allah
-          Tiada doa para Solehin kepadanya
-          Keluar  roh daripada jasadnya tanpa iman

b)      3 azab ketika hampir mati:
-          Kematian penuh kehinaan
-          Kematian dalam kelaparan yang maha hebat
-          Kematian dalam kehausan yang maha dahsyat

c)       3 azab ketika di alam kubur:
-          Kubur akan menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
-          Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikan diatas api tersebut.
-          Datang seekor ular Syujja’ Aqra, suaranya laksana petir seraya berkata : “Hai manusia sesungguhnya aku diperintahkan menyeksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamau meninggalkan fardhu Zohor, dari waktu Asar  hingga waktu Maghrib kerana meninggalkan wajtu Asar”….begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari kiamat.

d)      3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
-          Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat kedaalm mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
-          Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya.
-          Azab yang amat pedihnya.
Dosa meninggalkan solat dengan sengaja:
1.       Subuh : Sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan(60000 tahun di dunia).
2.       Zohor : Sekali meninggalkannya seolah seperti membunuh 1000 umat Islam.
3.       Asar : Sekali meninggalkanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram)
4.       Maghrib : Sekali meninggalkanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
5.       Isyak : Sekali meninggalkannya seperti Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit  serta makan dan minum dari nikmatnya.

-WSLM-
gULA KAPAS

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...