Kawasan banjir terakhir sangat dalam airnya dan air mengalir dengan sungguh deras sekali. Air juga memasuki kereta, namun kita berjaya sampai ke kawasan tanah kering. Ia sudah 3 pagi pada masa itu,” kata seorang ahli politik yang mengklasifikasikan peristiwa itu tersebut sebagai ‘sangat ngeri’....


Ngeri ke YB bila cuba mengharung air yang tersangat dalam tu, bagi kawe  orang kampung yang saban tahun kena penangan banjir ni bukan bongkak tapi kalau sempat lagi bergambar dan menghantar sms dalam suasana yang amat santai, masih tidak dalam keadaan ngeri dan bagi ancaman lagi buat YB.  
Kini selepas sehari Tenang dalam keadaan yang tenang, bermula semalam tidak lagi, Tenang terus bergelora dan banjir makin mengganas, bagi ambo mungkin Allah nak bersihkan segala noda dan kekotoron supaya Tenang kembali tenang dan bersih seperti sebelumnya. Hampir kesemua blog ahli politik yang ambo layari memaparkan masing-masing sedang bergambar bersama mangsa banjir dan mengambil kesempatan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir, terima kasih jutaan, dapatlah juga mangsa banjir merasai nikmat tersebut. Rezeki mereka agaknya bila bukan hanya wakil rakyat sekitar sahaja yang menghulurkan bantuan, malahan ada juga wakil kawasan lain yang turut sama meghulurkan bantuan bagi meringankan mangsa tersebut. Syahdu dihati...
Bolehlah diumpamakan seperti 'Kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'. 
Kesempatan menunjukkan rasa cakna  kepada rakyat ditonjolkan. Terfikir ambo YB gimana nasib rakyat yang diwakili YB, sebelum ini ambo rasa ada YB yang agak sukar turun kelapangan bertemu rakyat, ini realiti. Hati-hati YB rakyat sekarang tidak bodoh dan bukan untuk diperbodohkan dengan entri-entri menunjukkan Tuan seorang YB yang prihatin, jaga dulu rakyat dibawah takluk Tuan.
Kini ada juga pertubuhan politik yang dahulunya Islamik kini masih mempertahankan identiti tersebut walaupun telah menampakkan sedikit kelonggoran mengikut peredaran semasa, jikalau dulu jarang dan memang tidak pernah kita lihat sebarang program bantuantidak dihebahkan kepada wartawan serta tanpa perlu mempamerkan cek replika gergasi, tetapi kini semuanya berubah bukan hanya replika cek gergasi dan nilai bantuan dijaja, tapi tersengih bagai bangga dan seolah berkata "Lihatlah dunia"....
Amat kecewa jika sebelumnya semua ini bukan menjadi tradisi dan amalan tetapi kini semua ini menjadi kewajiban dan kemestian semua parti politik..
Ingatlah wahai Tuan " Allah menilai apa yang anda semua lakukan dan di sana kelak mulut dikunci dan anggota serta amalan soleh sahaja yang akan menjadi penyelamat". Tidak guna berserban-kopiah pelbagai jika hati masih kotor, tidak guna kalau bersongkok menongkat langit jika hati penuh daki.
Sokong 100% ahli YB yang bersih dan pakat tolak YB yang bongkak, penipu dan munafik.


-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...