Sambutan boleh asal tidak melibatkan dosa...

.........Boleh kita menyambut Hari Kekasih asalkan tidak terlibat dengan dosa....

Itu petikan yang ambo faham dari seorang ahli politik yang beragama Islam lagi. Kenyataan yang boleh dipertikaikan bagi kita yang betul-betul arif tentang Islam. kenapa kenyataan begini mudah diutarakan tanpa difikirkan kesan terlebih dahulu buat umat Islam walhal kita tahu remaja Islam la ni makin punah, rosak...adakah iktibar tidak diambil bilamana hati umat Islam amat terguris angkara tidak peka sebuah stesen televisyen swasta yang meluluskan ulang siaran satu iklan berkaitan sambutan hari raya tempohari.
Mari kita selusuri bagaimana dan bila bermula sambutan hari kekasih (valentine day). (14 Februari)

Asal-usul sambutan:

Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.


.....Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah menfatwakan sambutan tersebut sebagai haram jadi bagaimana seorang ahli politik yang beragama Islam tersebut membolehkan lagi sambutan ini, ambo bukan ingin menunjuk kepandaian tetapi ingatan ambo berhati-hati, "terlajak kata boleh undur, terlajak kata" lu pikir lah sendiri bukan ambo kata Nabil yang bilang.

Islam telah menyebut jika berdua-duaan bersama bukan muhrim akan ada pihak ketiga, zina diharamkan dalam Islam, ops keras sangat...hubungan luar nikah baru betul. samalah juga anak zina atau luar nikah (anak tidak sah taraf), pokok pangkalnya sama saja...tetap anak di luar nikah.
 Ingat kebetulan atau tidak yang pasti....

 Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”.

Alangkah eloknya jika sama-sama berselawat bersempena sambutan Maulidurasul 15 Februari 2011. Bersama-sama mengingati baginda Nabi S.A.W yang membawa sejuta kerahmatan di dunia dan akhirat..

p/s: Teruja  dan hampir menitis mata air bila bersama mengalunkan selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad di Stadium Sultan Muhammad Ke1V yang lepas...


-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...