…..BERDOSAKAH AKU IBU….

Masih ku ingat ibu, tatkala berderum ngauman jentera itu
Masih ku ingat bonda, tanggal dan detik itu
Harap ku panas hingga ke petang, rupanya gerimis jua yang membasahi bumi
Bukan nikmat padaku, tidak juga tuah tercampak pada diriku…
Detik itu ibu, saat itu bonda, tangga1  01 Januari…..sambutan yang dinanti oleh mu bersama teman-teman mu, mungkin dia, mungkin juga yang berkaca mata itu menjadi bapaku..
Saat itu tiba jua, engkau hanyut ibu dalam pelukan lelaki jongos itu, puas bersamanya mu khayal didalam rangkulan mungkin ayahku, tidak mungkin itulah bapaku.
Malam itu ibu…bermula sebuah kisah duka engkau ditiduri,engkau ditelanjangi, engkau leka dalam khyalan bukan satu,dua, tiga mahupun empat entah tidak terhitung…
Kehadiran ku dalam rahim mu tidak ditagih, tidak jua didamba, namun bonda, Allah jua maha berkuasa, aku mampu bertahan .…
Tanggal dan  detik  itu, lahirku ke alam fana tanpa laungan suara Azan memuji kebesaran Nya, Mungkin bapa,ayah, papa sedang menunggu untuk melaungkan Azan, nenek,atuk,acik sedang menanti.  Busuk ibu, hanyir mama…kenapa lahirku tidak ditilam empuk hanya beralaskan helaian akhbar, tika  ku diselimuti ibu…dibilik kecil itu hanya kita berdua…ku bersuara mulutku ditutup, ku melihat seka airmatamu, peluh didahi masih berbaki…aku mu letak disisi, dibilik kecil itu..
TERIMA KASIH IBU KERANA MELAHIRKAN KU.
Busuk ibu, hanyir mama…kenapa ku diperlakukan sebegini rupa, di tandas itu hanya kita berdua…aku lapar ibu, mana ayah…
Ah…itu mungkin ayahku, tetapi mana mungkin riaknya masam mencuka, ibu ku juga.
Selayaknya kelahiran ku disambut dengan hilai tawa, kenapa ayah dan ibu bermuram durja..
MAAFKAN AKU IBU, AMPUNKAN AKU AYAH.
Ku amati bait tutur katamu ayah, kehadiranku tidak kau senangi, ibu mengiakan walaupun ku tahu sirat di benakmu. Syaitan itu terus berbisik aku perlu mereka nyahkan. Ibu,ayah tidak layakkah aku layari hidup bersama mu. Malam gelap, kenapa ku hanya dibalut cerca kain bersama nota ringkas, sedangkan anak seusiaku dibedak syampukan untuk dibawa bersiar, tetapi kenapa malam?
Aku penat ayah, aku lapar ibu..  kenapa ku diperlakukan sebegini rupa…Tidurku beralaskan rumput, aku menggigil kesejukan ayah, tanpa menoleh ayah meninggalkan ku….Ibu masih disitu, ku renung mata mu ibu, air matamu mengalir, tetapi engkau jua berlalu pergi…
MANA AYAH, DIMANAKAH IBU……………………………………………………………..

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...