10 Jamadilawal 1433 (02 April 2012)

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Sucinya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan obor yang tak pernah padam...
Bait-bait lagu ini membuatkan aku menyeka air mata lelakiku
Mungkin ini salah satu petanda minatku beralih kepada alunan berbentuk kerohanian dan makin tersentuh bila mendengar berkisar tentang pengorbanan ibu-bapa terhadap anak-anak. Ibu menanggung kesakitan tidak lama, bengkak badan, hilang selera makan, kepenatan, kerap kencing, gatal-gatal badan petanda awal ibu menghidap kegagalan buah pinggang, bagiku ibu seorang yang tabah kerana dalam tempoh bertarung dengan maut itu masih tidak menunjukkan riak-riak kesakitan hinggalah tika 3 hari terakhir ibu terpaksa mengalah dan mengharapkan kakakku memandikannya dan menyapu bedak syampu di kepala. Al-fatihah untuk ibu dan bangga kerana dalam tempoh itu mampu lagi menjaga ayah yang juga uzur walau kadang-kala menjadi baran atas kerenah bapaku, bapaku faham dan menghalalkan kerana orang tua mengerti, itu mungkin petanda ibu akan pergi menyahut seruan Ilahi. 46 tahun hidup bersama bapaku masak-semasaknya peel perangai ibu tercinta. 2 bulan berkursus tiada apa di fikiran, ibu yang kesakitan, zaujah dan putera sulungku di Melaka, sehingga tumpuan latihan terganggu, aku harus tabah. Seminggu masaku luangkan bersama ibu ku gunakan sepenuhnya, cuti selepas tamat latihan aku bersama ibu sebelum ke Melaka dan bercuti bersama zaujah tercinta. Kesihatan ibu semakin tidak menentu, kencing berak tidak normal, inilah petandanya ujian bagi anak-anak, tapi ujian bagi kami adik-beradik tidak lama, Allah lebih menyayangimu Ibu, tanggal 10 Jamadilawal 1433 (02 April 2012) ibu pergi menyahut seruan Ilahi tepat jam 06.00 petang walaupun tanpa kami adik beradik disisi kami redha. Ibu, damailah engkau disana ku taburi doa mewangi hadiah dari anakmu...
-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...