....Pagi yang santai berkesempatan bersama PPD Daerah Machang, berkereta mengelilingi sekitar perkampungan tradisional Melayu dan Cina di pinggir Sungai Kelantan, pelbagai perkara yang dibualkan dari isu politik, masalah kebajekan sosial anak muda, kebobrokan masyarakat desa berpolitik hinggalah kepada isu cenderahati dari lembu yang sangat banyak disumbangkan oleh peliharaan yang mungkin tidak bertuan. dimanakah kesedaran sivik yang wajib ada memandangkan semua desa yang dikunjungi rata-rata masyarakatnya menjadi pendokong dan penyokong tegar perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan. Bahkan  nabi SAW sendiri bersabda "Kebersihan sebahagian daripada Iman". Jika begitulah peel perangai dan cara orang kita mentadbir dan menguruskan binatang peliharaan masing-masing, Fikir-fikirkanlah, satu lagi perkara yang wajar disentuh wajarkah jika sebelum ini haiwan peliharaaan dibiarkan melata tetapi ditambat atau dikurung bila menjelang sahaja Raya Korban (Raya Haji lah).
 ....Sangat segan bila sahaja kenderaan meluncur melewati perkampungan Cina hampir tidak kelihatan bahan buangan atau kumbahan dari haiwan peliharaan tersebut. Adakah lembu tidak dalam peliharaan mereka. Mungkin orang bukan Islam ini bimbang dicerca balasan buruk dari dosa yang akan mereka terima jika mengundang masalah kepada masyarakat. Berbeza dengan masyarakat Islam, orang pelihara aku pelihara, rang lepas aku lepaslah. Macam lembu lah jawabnya..
Sedih bila membicarakan bagaimana cerdik dan tertibnya bangsa lain berpolitik berbanding orang melayu Islam. Bayangkan bagaimana orang Cina yang berjaya mendirikan Pos MCA,Gerakan, dan DAP pada masa yang sama hanya Pos (UMNO) BN yang dinaikkan. Bilamana kunjungan dilakukan oleh calon parti BN yang bertanding, wajarkah calon tersebut tidak mengunjungi Pos MCA dan Gerakan dan bantuan disalurkan. sedangkan pasukan yang sama mendirikan Pos tersebut.. "Malasku menjadi balaci politik".  
Hampir 2 jam persoalan berkisar pada isu tersebut, bosan membicarakan perlakuan politikus yang kotor, sekejap berantakan semacam bergegar dunia, pada masa yang sama boleh minum teh tarik semeja..aduhhh..
Satu perkara boleh dikongsi, bagaimana jika kita memegang tanggungajawab untuk menjadi ketua yang bagus  bersedialah untuk bekerja 70% dan memberi arahan 30%, jika sebaliknya nescaya organisasi dibawah seliaan kita akan hancur dan punah..juga bersedialah adakah kita hanya selesa jika makan ubi kayu rebus hampir setiap hari tanpa ada usaha untuk menukar menu kepada koleh ubi, kerepek ubi, cekor manis, ubi bakar dan lain2 nya..
'Betul jugak...

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...