RON 95 @ RON 97


 










.....ROAD OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup berbanding proses pembakaran yang sepatutnya.
Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin.
.....RON 97 lebih tinggi ketahanannya berbanding RON 95, RON yang tinggi dicipta untuk mengelakkan berlakunya nyalaan pramatang dan kebiasaanya dicipta khusus untuk kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta lumba dan sport car. Walaupun begitu tidak bermakna RON 95 tidak sesuai untuk kenderaan kita. Nilai oktana tiada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api. Yang penting rujuk kepada manual kenderaan masing-masing adakah sesuai untuk menggunakan petrol berplumbum atau tidak berplumbum. Selain itu boleh juga melihat Sticker Octane Rating yang terdapat di lip penutup minyak kereta anda. juga tercatat jenis minyak yang sesuai atau tidak digunakan. 
Pokok pangkal tanya empunya badan, faktor minyak bukan penentu dan penyebab 100% kebakaran kenderaan yang berlaku kebelakangan ini. Semuanya bergantung kepada tahap dan skil pemanduan masing-masing.

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

Dulu, Kini Dan Selamanya...