Selesai sudah... Galas dibahu yang tergalas


Selepas 4 November 2010, keputusan mutlak diumumkan samada diterima atau tidak wakil dari parti kerajaan akan kembali menjadi peneraju dan wakil di dalam sidang DUN Kelantan hingga PRU ke-13 yang akan diumumkan kelak.
Tahniah kepada yang berjaya juga sekalung penghargaan kepada yang kurang bernasib baik kerana tidak kedengaran atau berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.
Bekerjalah...pesanan bukan sahaja dari Gula Kapas tetapi majoriti rakyat di DUN Galas yang memberi undi dan sokongan kepada Tuan, janji hendaklah dipenuhi jika tidak mahu pisang berbuah 2 atau lebih kali. Majoriti bertambah bermakna sokongan telah kemballi memihak kepada pihak demo dan sokongan terhadap dasar-dasar dan  program yang pihak demo warkan, mintak jauh jika janji hanya tinggal janji dan umpama menanam tebu di bibir sahaja.
Berkorbanlah... rata-rata masyarakat DUN Galas terutama masyarakat Orang Asli  masih ketinggalan dalam aspek kemudahan infrastruktur asas selain isu-isu setempat yang membelenggu mereka. Mereka perlu diutamakan dalam semua aspek bantuan. Saban tahun sekian banyak yang telah diperuntukan oleh kerajaan untuk kemajuan dan kepentingan mereka tetapi kenapa golongan ini masih lagi ditakuk lama. Adakah golongan ini hanya diperlukan dan diangkut kehulu dan kehilir untuk meramaikan majlis atau program anjuran parti politik semasa pilihanraya sahaja. Kesempatan berada di penempatan mereka dan berkongsi pandangan bersama masyarakat Orang amat memberi kesedaran kepada kawe betapa masyarakat ini masih jauh ketinggalan walaupun tidak dinafikan kerajaan banyak  membantu dalam penyediaan infrastruktur asas buat mereka.
Jangan Sombong, Bongkak, Meninggi Diri... Menjadi Yang Berhormat bukan tiket untuk kesyurga, tetapi bukan susah untuk menempah tiket ke neraka. Segala tindak tanduk dan perlakuan Tuan sentiasa akan dinilai oleh masyarakat. Dalam tempoh yang terhad berkhidmatlah sebaik mungkin dan galas tanggunggjawab dengan penuh dedikasi tanpa prejudis kepada pihak yang menentang Tuan sebelum ini.
Jangan perjudikan nasib masyarakat bawahan dengan mengejar kedudukan dan harta-benda. Juga jangan jadikan matlamat duniawi sebagai kiblat Tuan. Ingat jika peel lama terus diamalkan tidak mustahil rakyat akan menolak Tuan dalam PRU terdekat, ingat sekarang rakyat tidak buta politik dan dalam realiti politik macam-macam boleh berlaku. Rakyat menolak pihak Tuan sebelum ini ada sebab dan musababnya dan rakyat memberi peluang untuk Tuan sekali lagi juga ada sebab dan musababnya..
Jangan perjudikan nasib anak bangsa...mereka memerlukan wakil yang bersedia berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara..

-WSLM-
Gulakapas 

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...