sedar X sedar

...Sepanjang 2  hari bersama masyarakat orang asli Pos Brooke yang berasal dari suku kaum Temiar sedikit sebanyak menyedarkan kawe bagaimana realiti kehidupan sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi Allah. Sepintas lalu mengenai masyrakat ini rata-rata mendiami kawasan yang sedikit jauh dari sungai-sungai besar dan jeram kerana dipercayai kawasan tersebut mempunyai penunggu atau puaka yang akan mengganggu penempatan dan kehidupan harian mereka kelak. Masyarakat ini amat pemalu walaupun sangat tertarik kepada perkara-perkara baru seperti telefon bimbit dan kamera digital. Tidak hairanlah jika mereka begitu ralit melihat kawe bercakap melalui telefon dan menghalakan kamera digital untuk merakamkan kegiatan harian mereka. 

......Walaupun  majoriti masyarakat ini menganuti agama Islam, tetapi pada pengamatan ambo masih banyak yang perlu dilakukan oleh jabatan kerajaan dan NGO didalam memberi kesedaran dan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian mereka. oleh itu tidak hairan rata-rata setiap penduduk kampung tidak segan untuk memelihara bahkan memegang anjing yang jelas diharamkan di dalam agama Islam. Majoriti masyarakat ini juga tidak melaksanakan tuntutan agama seperti Solat Fardhu yang diwajibkan, (anak-anak muda masih leka bermain takraw dan berkaraoke walaupun masa menginjak dari Maghrib kepada Isya'). Malas menuding jari kepada sesiapa, tetapi realiti dapat dilihat semasa kempen PRK Galas yang lepas. rata-rata masyarakat orang asli disogok dengan hiburan dan program yang melalaikan. Pihak berkuasa berkaitan perlu bertanggungjawab dan jangan hanya berbangga dengan jumlah yang berjaya diIslamkan semata-mata. Jika nilai dan ajaran agama Islam tidak diamalkan tiada makna kita perlu berbangga sebagai seorang yang menganut agama Islam. Perbualan bersama seorang remaja masyarakat orang asli menyatakan hampir setiap bulan penempatan mereka akan dikunjungi oleh pelawat berbasikal yang bukan sahaja mengadakan lawatan tapi turut sama menjalankan kegiatan dakwah agama mereka.  Tidak wajarkah jika kerajaan menyediakan sebuah surau untuk mereka beribadat dan ditempatkan seorang ustaz sebagai sumber rujukan jika mereka musykil berkaitan dengan agama Islam, ambo rasa mustahil kerana mana mungkin ada kalangan penjawat awam yang boleh secara sukarela untuk ditempatkan di kawasan jin bertendang seperti itu. mana slogan kerajaan 'Saya yang menurut perintah'. Bagi hyang dihantar pun akan cuba menggunakan cable yang paling besar untuk dihantar balik semula.
' Terkilan apakah nasib 3 warga orang asli yang diIslamkan baru-baru ini apakah ada maksud tersirat atau sebaliknya hanya Allah yang maha mengetahui'..

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...