Pengguna tertipu...

...Banyak program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menangani kes penipuan terhadap pengguna. Kerajaan melalui agensi dan jabatan dibawahnya snetiasa menjalankan program penerangan dan dan taklimat bagi mewujudkan kesedaran tentang ilmu kepenggunaan dalam
komuniti di bandar juga di luar bandar. Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat Pangkal Chuit pada 26 November 2010 yang lepas. Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Kelantan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Machang telah menganjurkan satu program Kesedaran Kepenggunaan bagi mewujudkan kesedaran tentang ilmu kepenggunaan di kalangan warga emas. Ini ekoran dari modus operandi sindiket sekarang yang mengutamakan golongan luar bandar yang rata-rata cetek mengenai ilmu kepenggunaan disamping mudah terpedaya dengan pelbagai skim atai program yang diperkenalkan.
Ceramah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Kelantan. Penerangan yang ringkas diberikan disamping contoh realiti yang berlaku, kenapa kita mudah tertipu dengan skim-skim yang ditawarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, jawapannya mudah ceteknya kita mengenai ilmu kepenggunaan, sedangkan dalam proses jual beli tersebut mesti ada tempoh bertenang, kontrak jual beli, pengenalan produk dan sebagainya.
Yang kedua sedar atau tidak kerajaan telah mewujudkan satu tribunal khas yang bertujuan untuk melindungi pengguna yang telah tertipu. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia   adalah satu badan yang telah  ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.  Ramai yang masih tidak peka berkaitan kewujudan TTPM ini yang mengendalikan kes-kes tuntutan antara pengguna sebagai (plaintif) dan peniaga (defendan). Merupakan badan bebas yang akan mendengar dan mengadili kes-kes yang tidak melbihi tuntutan maksimum RM25000. Tuntutan juga tertakluk dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=276&Itemid=406

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...