Great Day, will remember forever..

Jumaat (24 Dec 2010)
0600
Jemput suri ku dari BMI (British Malaysia Institute), walau tidak cukup rehat dengan mata masih bergaram tak cukup tidur, tiba di Greenwood, dijemput adik (terima kasih ribuan), rehat sekejap kat Selayang, mandi + solat Subuh + sarapan (milo, biskut). Nak bertolak terus diawal pagi (dilema jem warga KL nak ketempat kerja) walau hati berbunga rindu 4 my beloved wife. Sabar dan terus bersabar hingga jam 8.00 agak ku semua warga KL semua sudah check-in pejabat masing-masing, jangkaan ku meleset, juga tersangkut dengan jem selepas bulatan Kuantan-Ipoh ( MYvi adik terus ku pandu meluncur), tepat telahanku kemalang membabitkan sebuah MyVi yang terbabas  berhadapan kuil Batu Caves, seram jugak..

10.00
Tiba di BMI, sangkaan ku dapat ketemu suri, tidak masih belum mandi katanya...huhuhu...it's ok..barang terus ku angkat, berpeluh-peluh maklumlah dari tingkat 3 ke bawah, hampir tercabut kepala lutut, buku lali masih tidak sembuh sepenuh nya dari kecedaraan gara-gara badminton tempoh hari. Barang terus kuangkat lagi, tidak mahu membazir masa memandang hari Jumaat, perlu berkejar menunai Solat Jumaat. Lagi pula suri ku dalam keadaan berbadan dua, tidak ku galakkan mengangkat berat. tapi suri ku aktif semacam je, persis wulan yang tidak mengandung, alhamdullah mungkin hikmat Allah turunkan memandangkan kami tinggal berjauhan dan apa-apa perlu dilakukan sendiri, kalau tidak kuat semangat... Terhuyung-hayang juga, tapi control macho...hehehe, maklum lah tidurku tidak cukup tambahan ku sekarang ku tidak boleh menaiki bas, pening...Jumpa suri ku, sebulan tidak berjumpa.... are u fine...dialog pertama ku dan sapaan lembut kepada baby....insyaAllah sihat dan jangan nakal-nakal...

11.30
Berpusing-pusing mencari hala ke Bukit Tunku, kediaman abah, masih tidak di ingatan walau telah berkunjung entah ke berapa kali, Jalan Kuching-Jalan Parlimen-Jalan dangWangi-Dataran Merdeka-Jalan Raja Laut-PWTC-Jalan Mahameru-Jalan Duta-Jalan Mahameru-Sogo-Putra-Jalan Duta-Jalan Sultan Salahuddin-Persiaran Sultan Salahuddin. Sepatut masa tidak smapai setengah jam, lamanya hampir 1 jam, tak apa, paling penting jumpa dan amanah ketupat dari kampung dapat ku berikan walau umi dan abah tiada. Keletah adik-adik tidak menjemukan. berehat sekejap di Bukit Tunku, mengumpul tenaga untuk perjalanan panjang ke Port Dickson...

12.00
MyVi adik terus menyusuri lebuhraya Seremban-KL (nasib ku baik), tiada tersesat seperti percubaan pertama...Sambil mengintai masjid untuk disinggahi, ops baruku sedar lebuhraya susah untuk mendapatkan masjid. Suri ku lena, sambil ku terus mengusap manja baby...dan menyapa lembut agar baby kus sihat dan jadi orang yang beriman, suri ku tersenyum, tidak lena rupanya...hanya termenung saja...Tiada apa yang dibualkan...Hanya saling berpandangan (Itulah dialog paling ideal menunjukkan kangen teramat).

1.20
Melewati Plaza Tol PD, aik ada lagi tol yang perlu dilewati (Plaza Tol Mambau), betullah Malaysia ni negara bertol, tandas juga di tol...huhu..Kuih dibeli di pertengahan jalan, janggalku memerhatikan waktu solat masih ada lagi yang masih di kedai kopi, sama jug Kelantan, apa nak buat, roh kesedaran Islam masih cetek..Sempat bersolat di Masjid Teluk Kemang, sedihnya inilah satu-satu masjid yang kami temui...

03.00
Mengisi tuntutan perut yang berkeroncong di teratak kawan suri ku, (terima kasih jutaan buat Suzie n Ery), terus ke Permaisuri Beach Resort...


.....
05.00
Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, langkah diteruskan menikmati angin petang di Tanjung Tuan dan Teluk Kemang bersama suri....


Sabtu (25/Dec/2010)
06.00
Pagi yang indah, tidurku sebelumnya tidak berteman, tetapi istimewa pagi itu bila Subuhku di sapa lembut suri ku yang amat dikasihi. Selesai berjemaah, kami teruskan misi meraikan cuti bersama....Allahuakbar...Subahanallah..







0100
Checkout pada hari yang sama meninggalkan kenangan manis bersama suri ku, honeymoon bertiga bukan lagi berdua...insyaAllah akan ku jaga dan hargai amanah mu ini ya Allah....

-WSLM-
Gulakapas


Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...