Ketuanan Melayu?

....Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada Kontrak Sosial dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan melayu dan  kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
..Itu adalah intipati sebenar seperti yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia. Tidak timbul isu Tuan-Hamba seperti yang digegakkan oleh sesetengah ahli politik.   
Sejak dari zaman berzaman lagi Sultan merupakan tuan kepada Bangsa Melayu- Justeru itu apabila seseorang individu mengadap Sultan atau Raja Raja Melayu perkataan yang disembah pada awal bicaranya ialah Tuan Ku, kerana Tuanku adalah tuan kepada kita. Dan apabila disebut Ketuanan Melayu dengan tidak secara langsung dan secara tersiratnya bahawa  bukan bangsa Melayu itu tuan kepada bukan melayu akan tetapi ianya melambangkan kepada Institusi Raja -Raja Melayu.
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.
Persoalan siapa hamba dan siapa tuan adalah disebutkan sebagai rakyat dengan Rajanya, bukan disebut diantara orang Melayu dan bangsa lain. Ini merupakan salah satu sebab dan musababnya kenapa sejak dahulu lagi Institusi Raja Raja Melayu amat dijaga oleh orang orang Melayu sehinggakan dikatakan Melayu tidak boleh derhaka kepada Sultan atau Raja.
Begitu juga dengan bangsa lain, mereka juga sama apabila mengadap Sultan dan Raja Raja Melayu apakah berbeza protokol mengadap? tentu sekali tidak.Ini jelas menunjukkan bahawa Melayu bukan la tuan kepada bangsa lain tetapi saya ulangi semula bahawa Institusi Raja Raja Melayu itu sendiri adalah tuan kepada rakyatnya.

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...