Finally Malaysia goes to final.....


 

...Kita mampu, walaupun hanya mengikat Vietnam tanpa jaringan tetapi mengikut format terkini jaringan ditempat lawan. itu sudah memadai. mengikuti perlawanan hanya di layar besar sama bahangnya berkunjung ke stadium, kalau tidak masakan PM kita sendiri sanggup bersila lendik bersama YB Shabery sama-sama menonton perlawanan tersebut di Bukit Bintang. Di KL kemarau ting-ting, tetapi di Pantai Timur la ni musim hujan, jadi perlawanan semalam penonton dijirus oleh renyai-renyai embun kasar yang menitis atas kepala, belum pernah rasanya kedai itu dipenuhi khalayak sebegitu rupa, oooooo, seingat ambo Piala Dunia sikit masa lepas, tempat itu juga penuh dengan pakcik yang berkopiah putih turut sama menonton, semangat ku tengok semalam. Itu lah bayangan sokongan dan harapan bukan hanya warga kota yang 101% menyokong tetapi bahang perlawanan semalam turut dirasai hingga ceruk kampung, semua dahagakan kemenangan dijulang, ambo rasa keadaan ini pernah berlaku ketika skuad Thomas juara menentang Indonesia tempohari, sudah lama 1992 lagi....ku pun masih beringus....semangat nya dikala itu hingga tiap orang yang ditemu memegang raket dan senggang kami pada waktu petang badminton dengan bulu tangkis carlton plastik (tahan lama). Line dari batang buluh dan net dari jaring pukat siam yang koyak-rabak, tak apalah janji bulu tangkis dapat dipukul melepasi jaring, semua remaja berbojeng ala Rashid Sidek, aku pun sama tetapi sempat 2 hari je...dipotong bapak...huhu...mungkinkah ini akan berulang...insyaAllah...
Tanggapan ku mungkin ini adalah jelmaan era Supermokh,.....
Tahniah ku pada skuad ini ketika 90 minit di Bukit Jalil, sangkaan ku meleset sama sekali bila skuad berkunjung ke Hanoi, mungkin teruja melihat cewek sana yang ganteng-ganteng memberikan sokongan, nyata skuad Malaysia longlai di bumi Hanoi, nasib menyebelahi kerana telah mendahului lawan dengan 2 jaringan ditempat sendiri. Menguasai bola jauh sekali walaupun pernah satu ketika lawan hanya bermain dengan 10 pemain sahaja. 90 minit di Hanoi juga menyaksikan bagaimana ralitnya pemain kita menyaksikan skil individu yang ditunjukkan oleh pemain lawan. Rata-rata pemain membawa perwatakan sama ketika separuh akhir pertama, melihat pemain lawan terlebih dahulu sebelum menerkam kearah lawan, bukan resam harimau...
Bola sangat mudah dikuasai oleh pihak lawan, ingat kita perlu menggunakan sepenuhnya counter attack dan free kick seperti 2 jaringan Safee Sali lepas, jadi gunakan kelebihan tersebut bagi menundukkan lawan.
Pujian kepada pengawal gawang Apek kerana terus menunjukkan dan membayar kepercayaan yeng telah diberikan oleh pengurusan FAM. Kredit harus diberikan kerana beliau telah menyelamatkan banyak percubaan berbahaya lawan. K. Raja perlu memikirkan sesuatu dan formula baru perlu digunakan untuk bertemu samada Indonesia atau Filipina kelak kerana jika corak permainan ini terus dikekalkan, Malaysia akan bungkus sekali lagi, apakah kita mahu berbangga sebagai Naib Juara, ambo tidak mahu keadaan menjadi seperti sepak takraw dan badminton. Bukan untuk meruntunkan semangat skuad kita, tapi realiti kita ke final bukan kerana permainan kita bagus tetapi nasib tidak menyebelahi Vietnam. Teruja juga menyaksikan semangat penyokong lawan sambil mengibarkan bendera Vietnam dengan semangat kesukanan yang tinggi. boleh diambil iktibar penyokong kita...
Akhir tahniah ku buat pemain dan penyokong 'Harimau Malaya'...Berjuang habisan menentang samada Indonesia atau Filipina di pentas akhir kelak, kita mampu berjaya jika dapat menyerap tekanan lawan dan bijak menghidu dan memanfaatkan peluang yang terhidang,,insyaAllah...

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...