Bersedia.....untuk berhemah

...Hidup perlu diteruskan, minggu lepas kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi kepada beberapa item barangan keperluan  asas utama pengguna. Walaupun pahit terpaksa jua ditelan.
Sebanyak RM 1.18 bilion dijimatkan ekoran dari pengurangan subsidi tersebut. Jumlah sebanyak itu mungkin dapat digunakan oleh kerajaan untuk pelbagai program kerajaan yang lain.
Kenaikan harga setiap item tersebut pasti berlaku setiap kali pengurangan subsidi direalisasikan.
Sebagai pengguna apakah kita telah cukup persediaan bagi menghadapi situasi yang tidak terjangka ini.
Hakikatnya rakyat perlu bersedia dengan kenaiakn yang pasti akan berlaku. Rakyat tidak lagi boleh sepenuhnya bergantung kepada subsidi semata. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka.
Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan :-
1.  Berjimat-cermat:
     Jika sebelum ini perbelanjaan sebanyak 100% sehari, cuba kurangkan kepada 60%-70% sehari.  
     Selebihnya disimpan selain dapat mengurangkan pengaliran wang dipasaran, ianya dapat mengurangkan
     permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat mengekang kenaikan harga barangan.
2. Bijak berbelanja:
    Jika sebelum ini sesebuah keluarga tidak mengamalkan amalan perbelanjaan secara berhemah, hadkan
    pembelian terhadap barangan yang menjadi keutamaan dan keperluan sahaja. Elakkan membeli barangan
    yang tidak perlu seperti pakaian berjenama, perabot, peralatan elektrik, etc. Amalkan pembelian secara
    borong kerana item dibeli dalam kuantiti yang banyak. Selain itu sediakan list barangan yang perlu semasa 
    keluar membeli-belah.
3. Ukur baju di badan sendiri.
     Pepatah "alah membeli menang memakai" tidak boleh digunakan. Elakkan menggunakan troli semasa
     keluar bershopping, penggunaan troli menyebabkan pengguna terlalai dan akan mengisi apa sahaja
     barangan sehingga troli sarat dengan barangan yang tidak diperlukan. Sebaiknya gunakan bakul sahaja.
     Juga elakkan dari membawa anak-anak ke pusat membeli-belah.
Semoga tips diatas dapat membantu sedikit-sebanyak memotivasikan pengguna bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak.

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...