Pujian jangan melangit...

...Ingat lagi ambo, dekad 90an yang menyaksikan zaman kejatuhan merudum dan zaman kegelapan bolasepak Malaysia. Disana-sini bagaikan tidak berhenti kutukan dan cacian yang terpaksa dihadapi sehingga pada satu ketika pernah cadangan dikemukakan untuk menghentikan bantuan dan tidak memasukkan bolasepak didalam senarai sukan teras yang mendapat perhatian dan bajet khas kerajaan. Ingat juga ambo bagaimana sehingga beberapa musim liga tempatan hanya ditonton oleh kerusi dan tempat duduk penonton sahaja.
Pelbagai langkah diperkenalkan oleh kementerian bagi meningkatkan mutu permainan skuad bolasepak negara. Dihantar kesegenap pelosok dunia namun keadaan masih juga sama dan tidak berubah malahan skuad negara makin merudum jatuh berdasarkan kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Kedudukan terkini di ranking 144 bakal berubah selepas keputusan perlawanan akhir kedua diketahui nyata akan melegakan  saf kepimpinan FAM. Apa yang menggusarkan ambo janganlah sewaktu prestasi pasukan di kemuncak, mereka disuap dengan pujian yang melambung sehingga tidak berpijak dibumi. Sedih ambo melihat bagaimana nasib yang menimpa bekas pengemudi skuad kebangsaan B.Sathianathan, beliau disanjung selepas berjaya menaikkan skuad belia negara dan terus dilantik menjadi pengemudi skuad kebangsaan ketika itu juga, tetapi atas sikap ketidaksabaran, politik dalaman kita boleh saksikan bagaimana beliau ditiarapkan tanpa ada peluang untuk mempertahankan diri. Bukan hendak membela tetapi hakikat kita boleh saksikan bagaimana pembubaran skuad kebangsaan hanya selepas gagal pada satu-satu kejohanan, ini tidak berlaku pada pasukan kebangsaan negara-negara lain.
"HARIMAU BAHAM GARUDA", "MALAYSIA MENANG BERGAYA", jika kita ditewaskan oleh Indonesia Ahad lepas mungkin anda tahu apakah bakal terpampang di dada akhbar...malas ku komen...

-WSLM-
Gulakapas

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...